ELAK KENE RAGUT


Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
  • Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
  • Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Bagaimana ia boleh berlaku:
  • Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
  • Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
  • Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.
Langkah-langkah keselamatan dari ragut:
  • Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
  • Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
  • Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  • Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'. 
KREDIT-GAMBAR GOOGLE & PORTAL MK

Comments

Axie04 said…
tips yg sanagt2 berguna

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters