SBPA..CEUPACS lega kami pun lega la..
Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.sumber-Berita HarianPerkembangan terkini berkaitan SBPA ni pastinya sesuatu yang dinantikan oleh penjawat awam.Dikhabarkan 5 tuntutan yang dikemukakan oleh CEUPACS mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya.Harapannya keputusan yang dibuat lebih baik dari sebelum ini.Adil dan lebih jelas.Moga tempohnya lebih cepat,tak perlu ambil masa berbulan dan jangan le tanguh lagi.
Apapun doakan yang terbaik..tingkatkan prestasi..keja mau jalan jugak.
Comments