Ringankan Beban,bantu Adik Faris
Nak share bersama semua yang bace...diambil dari blog Bersama Mazidul ..seriously aku tak leh tengok bebudak dalam keadaan gini..sedih :( moga ada yang sudi membantu walaupun tak banyak..ikhlas
Berikutan itu, beberapa pembaca blog ini telah menghubungi saya dan bermurah hati untuk menyumbang. Saya yakin semua tahu, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).
Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.
Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.
Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, sebelum menghubungi bapanya, Shamrulismawi Ismail, 38 tahun pagi tadi.
Baca entri pertama nukilan saya di sini.
Baca entri pertama nukilan saya di sini.
Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.
Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.
Faris disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.
Berikutan itu, beberapa pembaca blog ini telah menghubungi saya dan bermurah hati untuk menyumbang. Saya yakin semua tahu, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).
Sebelum ini rakyat Malaysia berulang kali terbuka hati untuk membantu warga asing antara mereka di Gaza dan Somalia, Afrika, inikan pula anak kecil rakyat negara kita sendiri.
Sebaik wang didepositkan ke akaun terbabit, sila tinggalkan komen 'STM', bermaksud 'Saya Telah Menyumbang' untuk rekod saya.
Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.
Bersabar, berdoa dan berusahalah.
Saya juga bapa dan sentiasa memahami situasi genting dihadapi.

Terima kasih.
Semoga Allah membalas jasa kalian bermurah hati.
BANTU SAYA UNTUK MENYEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI KE SELURUH MALAYSIA MELALUI FACEBOOK DAN BLOG.-repost dari blog Bersama Mazidul
Comments