Perak Negeriku..ater kome

Memandangkan aku berasal dari negeri Perak,maka aku akan cuba masukkan entri berkaitan negeri Darul Ridzuan ni..so aku labelkannya sebagai "PERAK NEGERIKU" sempena lagu rakyat Perak.Lain-lain entri berkaitan negeri Perak leh refer label PERAK NEGERIKU.


Lagu ni sangat menghiburkan dan bersemangat aku dengarnya.Teringat zaman kanak-kanak dulu,selalu dengar kat tv1.Mendayu-dayu je melodinya.Lagu yang menggambarkan negeri Perak.Lagu kebanggaan rakyat Perak.Sayang sangat Negeriku itu.Dengar lagu ni rasa mau balik Perak!


peta Perak,lirik lagu dan video-sumber:google

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai

Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru

Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang
Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah

Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan
Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah

Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua

Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia

Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak.. Perak.. oh negeriku

Video_Perak Negeriku

Comments

Unknown said…
banyak tempat bersejarah dah jugak tempat2 menarik di negeri perak.Fahz selalu ronda2 di tapah,lumut bila hujung minggu walaupun fahz stay kat nilai.tenang je tgk permandangan gunung2 n bukit2 kat sana.tahun 2012 adalah tahun melawat perak.. :)

pssttt.jom join contest.fahz tag kamu :P
muCux said…
kuale kampung aboh teman :)

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters