TAN SRI KPPA NAFI SMS PENYELARASAN KADAR ELAUN PENJAWAT AWAM

8:23 am

Minggu ni heboh isu wassap yang diterima berkaitan kadar elaun baru yang akan naik untuk penjawat awam..Rasanya ramai yang ada terima dan baca mesej wassap tersebut.Bila diamati ada yang tak logik dan bila dikira kdar elaun dah boleh bersamaan gaji pokok. Boley pulak gitu??Dan ada yang lucunya penambahan elaun subsidi bahan mentah.Itu memang tak logik dan tak adil coz semua rakayat Malaysia sama-sama merasa bahana akibat kekurangan subsidi baru-baru ni.Mau nye mengamuk kot rakyat Malaysia yang bukan bergelar penjawat awam.

Memang kita mengharapkan ada sedikit penambahbaikan elaun terutama perumahan.Tapi takde le sampai begitu banyak seperti mesej wassap tu. Disebabkan benda ni dah hot,akhirnya KPPA dah kuarkan kenyataan sendiri:
"Berhubung Kenyataan Berkaitan Penyelarasan Kadar Elaun Yang Baharu Seperti Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Perumahan Dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Untuk Penjawat Awam Yang Sedang Tersebar Melalui Sms, Ingin Saya Nyatakan Di Sini Bahawa Kenyataan Tersebut Adalah Tidak Benar. Sidang Media Saya Bersama Pihak CUEPACS Tempoh Hari Hanyalah Pengumuman Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan Oleh Pihak Kerajaan Bagi Penjawat Awam Terbabit Dan Tiada Kenyataan Mengenai Apa-Apa Elaun" - Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

**masih berharap kalau ada sedikit kenaikan elaun :p

You Might Also Like

0 omelan