Taman Cabaran Putrajaya, Sukan Luncur

11:48 am

Sabtu baru ni ktiroang meluangkan masa beriadah di Taman Cabaran.Selalu joging kat Taman Saujana Hijau.Kali ni ubah angin lak.Taman Cabaran Putrajaya terletak di Presint 20. Ia mempunyai 2 arena iaitu Arena Luncur (Sliding PArk) dan Arena sukan mendaki (climbing).Untuk sukan luncur aktiviti yang disediakan ialah MTB dan BMX track juga Skatepark.Kalau nak pergi sini laluan yang boleh dilalui ialah melalui Taman Selatan (kawasan perkuburan Putrajaya) dan akan terus ke Taman Cabaran.Boleh juga tembus ke Dengkil.

 Antara fasiliti yang ada di Taman Cabaran ialah ruang basuh basikal,kedai sewa basikal,tandas,cafe.
Aku dan 2 orang anak aku kat sini jogging saja..hebat tak anak-anak aku..kuat sampi jugak ke atas bukit sana..dan turun semula..

 Laluan untuk style jump 

Ruang gelongsor untuk bikers dan skaters..kat sini boleh la nak try skill main skateboard or basikal stunt (BMX)..tapi better bagi ruang untuk bebudak skate la..line clear baru kot bikers leh masuk..

 Antara laluan-laluan yang ada di sini untuk MTB merentas cabaran yang ada..Mempunyai pelbagai peringkat halangan naik turun bukit,cerun dan lain-lain gaya rentasan. 
 
 
 
 

 My husband and bike nye



You Might Also Like

0 omelan