Tarian cuti-cuti 1Malaysia @ Putrajaya Ahad ni..moh berhibur sakan

Ahad ni sesape yang free takde mende nak wat leh jenguk Putrajaya..menari-nari yeehaa.. yeeba... yeeba.. mesti ade yang suka kan..Anggap la ala2 senam aeorbik.
Lebih 16,000 peserta dari seluruh negara bakal menyertai Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia yang akan diadakan di Dataran Putrajaya dekat sini pada Ahad
program yang akan dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu bermula 6 pagi dan dimeriahkan artis jemputan iaitu Jimmy Pelikat dan One Nation Emcees yang popular dengan lagu Anak Kampung.
program yang masuk kali keempat diadakan itu akan menghimpunkan tarian pelbagai bangsa di negara ini seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Orang Asli selain diselitkan tarian moden dan 'Gangnam Style' yang menjadi fenomena dunia.
tiga tarian iaitu melambangkan 1Malaysia, 1Malaysia For Youth (1M4U) dan Tahun Melawat Malaysia 2014 juga akan dipersembahkan untuk kali pertama kepada orang ramai pada program itu.

Comments

Kakzakie Purvit said…
Isteri PM kita suka program macam ini kan...

Utk kakak ke Putrajaya jauh tapi kalau Nusajaya dekat hihi...
nurhuda said…
bestnyee kalo dapat pegi , mesti meriah :D

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya