Buah Macang dan Buah Star..Masam Masam Manis

9:47 am

Buah setar atau setaq..dapat masa balik kampung raya hari tu..orang bagi..ade yang masak wana kuning dan ada yang muda,hijau lagi..tapi sedap lak lak yang muda tu..rangup je wat cicah /colek..yang kuning dah masak tu masam gilerrr...kecut muka weh..hehhe
Gambar atas ni aku panggil buah macang..bulat je rasa pun manis..wat sambal pun sedap nie tapi kat rumah takda cili hidup le pulak..udahnya wat makan gitu je cicah ngan kuah rojak yang masih dok ada lagi tu.
Buah bacang seperti juga buah kuini iaitu mempunyai beberapa persamaan terutama dari segi bentuk, rasa, aroma dan struktur isinya. Antara perbezaan jelas ialah kandungan serat dalam bacang lebih keras berbanding dengan kuini.
Buah macang putik mengandungi getah bisa yang mampu menyebabkan bibir dan mulut berkudia. Apabila masak, getahnya terhad pada kulitnya dan buah masak boleh dimakan selepas dikupas. Buah Macang merupakan buah yang sedap dan sungguhpun berbau kuat, rasanya pernah digambarkan sesedap durian, tetapi biasanya tidak dihargai sebagai buah yang dihidangkan di meja.-wiki
Jom ngicah!!

You Might Also Like

4 omelan