1MOCC:Pusat Panggilan 1Malaysia | Hanya satu nombor berhubung dengan kerajaan


Isnin baru ni 12 November 2012,aku berkesempatan menghadiri MAJLIS PELANCARAN 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE (1MOCC) yang dibawakan oleh PA JPM.Majlis tersebut dilakukan di Perbadanan Putrajaya dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri kita.

1MOCC merupakan satu projek 'National Flagship' di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000.Semua operator kementerian, agensi kerajaan dipusatkan dengan satu nombor tersebut sahaja

Pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun termasuklah pada hari cuti umum.

Lima saluran komunikasi iaitu telefon, khidmat pesanan ringkas, faks, e-mel dan media sosial menjadi platform untuk rakyat menyalurkan apa sahaja kemusykilan atau cadangan.

Pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel di 80008000@1mocc.gov.my dan menerusi laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal.

**PKP bertugas kene banyak pengetahuan la..dan pihak yang dihubungi selepas melalui PKP/Operator ni kene le ambil maklum balas dan tindakan.Kalau takda respon tak de maknanya sistem ni.Harap biarlah Cepat dan Tepat.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya