SBPA:Ceupacs pun tentang..jangan "sign"


Nampaknya SBPA menjadi isu hangat yang sedang diperdebatkan..kene tunggu lagi le..masa wat tak nak bincang dulu pro kontra..pe salahnya amik pandangan penjawat awam dulu ke..wat soal selidik ke..dan Ceupac ni pun dipanggil sama untuk musyawarah..kan sekarang dah kene hentam..bende dah jadi baru nak kaji and bincang balik la..dah membuang masa ja!Apa2 hal bincang dulu,amik pandangan orang lain,ikut kepala otak dia je,ni le jadinya,timbul ketidakpuasan hati

Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan  gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau._THEMALAYSIANINSIDER

Comments

kompius kan...tp bos linda ckp, sign jek..gomen nih tgk lah lagi 4-5 tahun nnti tukar lg pekeliling..tgk la x caya..skrg janji gaji naik..
ftdanisha said…
@Belinda Adzmi Ibu Ilhamny tula..dorang ade ckp..sign je..yg len nt ade prubhn ke pe..pndai2 le..pkliling sntiasa tukr gnti..yg pnting gj mau naik masuk tahun depan..jgn postpone sudah
Admin said…
Saya orang yang baru nak merasa gaji
ni tak berapa nak faham, huhu..

Latest Post:
1. Lupakan cinta lama. Kau boleh?
2. Rasanya lebih baik kalau kau hilang tanpa aku sedar.

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya