SBPA lagi

Pagi ni diadakan taklimat berkaitan SBPA kat ofis aku MOF..aku tak turun pun..just dengar dari tempat duduk je..malas lak nak turun,mode ngantuk nak dengar..dengar gaye penyampai taklimat tu leh wat aku bertambah ngantuknya..zzzzz...nasib baik dorang pasang speaker..satu ofis leh dengar bagi yang tak pergi le..

Actually aku tak berapa clear dengan ape yang penyampai tu cakapkan..cam baca teks je..kurang pencerahan..Aku rasa ramai yang nak tau pasal kenaikan gaji tu je kan..camner pengiraan dia..yang tu orang gomen nak tau sangat..macam2 cara kiraan yang dikeluarkan..Namun masih tak memuaskan hati..banyak sangat pandangan..So,keputusannya kene tunggu le slip gaji tahun depan..puas hati kan..tengok le berapa banyak yang kita dapat...

Dalam dok seronok gaji nak naik ni,ada pulak ura2 kate cola nak ditarikbalik..so pekejadahnya kenaikan gaji ni...sama macam tak de untungnya..bagi yang dapat cola rm300..knaikan gaji depan dalam sratus ke 200..pe je bezanya...Aku harap bende tak jadi kenyataan..biarlah kekal elaun tu..bagi yang berkeluarga memang akan terasa le jugak kesannya kan..sekarang serba serbi nak pakai duit..beli barang kat kedai sikit je,tapi nilai RM lebih kemain..

Betulkah pengiraan kenaikan gaji berdasarkan prestasi..??Kalu gini gayanya,wajiblah perbaiki prestasi kerja kita..kadang setuju gak pandangan orang luar tentang warga gomen ni yang banyak lepak,ngulor,sembang2 kedai kopi/cafe,masuk kua tak ikut time,dll.nilai sendiri di ofis masing2..aku pun ade gak terkurangnya,ye akur,tak semua perfect..Insya'allah dari segi kerja aku akan cuba wat terbaik..yang penting keje settle..yang lain up to mata2 yang memerhati la
Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut:-
  • a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • c. Markah 75 % – tiada kenaikan
  • d. Markah 70 % - 
  • di syorkan tamat perkhidmatan - tidak dijelaskan oleh Pegawai JPA.
**Info kat atas tak pasti ye betul ke tak..

Walau apapun jua yang kita ketahui dari SBPA nanti hope semuanya akan indah khabar la dari rupa..maklum le dah diwar2kan ke seantero Malaysia dan pengetahuan orang luar..kecohkan kalu orang gomen dapat gaji/bonus,mesti masuk tv atau paper..orang lain pun kemain ngambik kesempatan pada orang yg naik gaji ni,AWAS!

Comments

deyna_83 said…
wei...kalau ikutkan ramai je nak bantah SPBA ni..(bukan aku yg cakap tapi orang lain)...
ftdanisha said…
@deyna kenpa..tang nilai gaji ikut prestasi tu bhaye gk wooo..yg wt kje ok tp xdipndg lg bhye..yg kaki kipas dpt advnc
Penjejak Mimpi said…
i. hmm.. kalo markah 95% 3 tahun berturut2, ade peluang dapat anugerah cemerlang.. (macam skang la..)

ii. kalo markah 75% 3 tahun berturut2 alamat kene kemas sume barang.. bungkus.. balik kg tanam jagung.. (ikut SBPA la..)
ftdanisha said…
@Penjejak MimpiSegala kemusykilan perkiraan gaji ni takkan terlerai selagi lampiran c tidak dihebah.

Bgm kita nak buat keputusan maklumat tak cukup. Masa diberi 2 minngu.

SBPA cm menakutkan pulak..prestasi tu yang nek kene jaga..kalu tak habisle..dah jd blur nk SSM ke SBPA..

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya