Posts

Showing posts from 2011

Karnival Mini Hari Belia Negara di Putrajaya..Penutup Tirai 2011

Image
KBS akan mengadakan Karnival Mini Hari Belia Negara  mulai 30 Disember hingga 1 Januari 2012 di Dataran 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya sempena mempromosikan sambutan Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia (HBN) yang bakal diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 nant i. Karnival dua hari ini  anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Majlis Belia Malaysia (MBM), Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Radio KLfm.

Langkawi..aku datang lagi

Image
Sempena akhir tahun aku mengambil peluang untuk bercuti..destinasi pilihan kali ni Pulau Langkawi..ini adalah kali ke-3 aku datang sini..first datang masa gi kursus BTN..2nd cuti2 Malaysia tapi tak puas hati sangat coz tak banyak tempat yang dilawati..n 3rd ni pun cuti2 Malaysia,hope banyak le agenda jalan2 kitorang ye Kenapa aku pilih Langkawi..memandangkan my husband baru habis latihan di PULAPOL and dia cakap nak bercuti,sebagai meluangkan masa ngan family n anak2..so,aku decide je untuk pegi Langkawi dan aku dah tempah awal lagi Rumah Penginapan BPH kat Langkawi..Alhamdulillah permohonan suke2 aku tu berjaya dengan pantas dapat..murah ok sewa untuk 3hari 2malam..sila lihat web BPH ya.. Disebabkan my 2nd trip ke Langkawi yang lalu tak seberapa best jugak la,aku datang lagi ke sini..banyak tempat yang aku tak pergi lagi..nak naik cable car pun tak dapat masa tu..cuaca tak mengizinkan dan aku lak time tu tengah sarat pregnant anak ke-2...memang kurang le jalan2 walaupun seb

Opsyen SBPA lanjut hingga 15 Januari

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias.  Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini. Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia membabitkan banyak isu perundangan. "Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan CUEPACS yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini, hari ini.  Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan u

Ofis terbakor..

Image
Tadi dalam kul 10 lebih warga MOF dikejutkan dengan siren kebakaran..aku yang dok khusyuk ngadap pc pun terkejut jugak le..bile member panggil tengok ade ramai yang dah keluar dari ofis..pulak tu keihatan dan kedengaran siren bomba datang berlumba-lumba ke MOF..hah..sudah..tak leh jadi ni..maunye tak panik..ish..kang tak pasal rentung kat sini..glamer pulak dalam berita kang.. Dengan rasa cemasnya aku dan member berusaha menyelamatkan diri..nak ikut lif...dah sah2 le lif dah off..nampak gayanya kene menaak le turun tangga dari tingkat 6 ni..humang aih..semput le jugak..yele akukan tengah demam dan sakit kepala..maunye hilang tenga aku dibuatnya..dengan gagah dan gigihnya,samapi jugak aku kat tempat berhimpun wah ade kebakaran la.dah tu kat area hampir blok aku tu..oh nasib baik Tuuu diaa..asap berkepul dah..uhuk uhuk..terbatuk kejap ahli bomba dengan gighnye menyiram bangunan tu..elok gak sekali sekala tolong basuh bangunan tu semua..baguih gak Kelihatan warga MOF

JPA, CUEPACS berunding hari ini

Perbincangan selesai isu skim SBPA sebelum dapat dilaksana 1 Januari ini   PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan rundingan hari ini bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini. Difahamkan, perbincangan itu akan menentukan sama ada SBPA ditangguhkan ke satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau sebaliknya. JPA dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini petang semalam mengesahkan perbincangan itu akan diadakan hari ini.  “Berikutan terlalu banyak pertanyaan diterima mengenai status pelaksanaan SBPA, adalah dimaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti ditetapkan.  “JPA bersama CUEPACS akan mengadakan perbincangan esok (Jumaat) bagi membincangkan isu dibangkitkan CUEPACS,” kata kenyataan itu.  Sebelum itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, serta beberapa peg

SBPA:Ceupacs pun tentang..jangan "sign"

Nampaknya SBPA menjadi isu hangat yang sedang diperdebatkan..kene tunggu lagi le..masa wat tak nak bincang dulu pro kontra..pe salahnya amik pandangan penjawat awam dulu ke..wat soal selidik ke..dan Ceupac ni pun dipanggil sama untuk musyawarah..kan sekarang dah kene hentam..bende dah jadi baru nak kaji and bincang balik la..dah membuang masa ja!Apa2 hal bincang dulu,amik pandangan orang lain,ikut kepala otak dia je,ni le jadinya,timbul ketidakpuasan hati Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan  gaji. “Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu

tangga gaji Gred N..SBPA

Image
tangga gaji N17 Sape tengok DIalog@tv1 semalam..KPPA menjawab soalan ke tak..korang clear ke tak dengan penjelasan dia berkaitan SBPA..aku tak tengok..tapi dari komen2 yang aku dengar dan bace..ramai tak puas hati..menyampah coz KPPA tak memberi penjelasan yang detail No komen..lagi jadual untuk gred N sahaja..leh tengok SINI ..

menyentuh hati..anak lukis gambar ibunya dan tidur bersama lukisan tu

Image
Gambar yang amat menyentuh hati..seorang anak yatim melukis gambar "mama"nya dan tidur bersama lukisan itu :( Ya Allah sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui... **sedihhh tengok..:(

Mulanya disini..Muzium TUDM,Sg.Besi

Image
Sempena cuti sekolah,walaupun anak2 aku belum bersekolah,aura tu tetap ade,tambahan 2 orang adik husband aku ade sini..so plan la nak gi mane semalam..last aku pilih untuk ke muzium je..aku suke kalau bawa bebudak gi tempat yang berilmiah gini..ehhehe..Muzium ni terletak di Sg.Besi sebelah je ngan highway PLUS and Tol Smart..masuk free je..main masuk je..waktu lawatan sampai kul 5pm.. dikenali juga sebagai 'Airport Lama' adalah sebuah  lapangan terbang  yang terletak di  Sungai Besi ,  Kuala Lumpur  bersebelahan dengan  Lebuh raya Utara Selatan  dan  Terowong Smart . Lapangan terbang ini merupakan  lapangan terbang  pertama di  Malaysia . Kini, lapangan terbang ini tidak lagi digunakan sebagai lapangan terbang komersil dan sebahagian tanah airport ni akan diberi laluan untuk projek pembangunan "Greater KL" atau Bandar Malaysia.Pangkalan baru akan dipindahkan ke Sendayan-wikipedia di tugu ni ade disenaraikan wira2 yang terkorban dalam nahas pesawat.. bahagi

Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Teluk Danga Johor Bahru

Image
Gambar google:Bertempat di area Dangan Bay bersebelahan Tune Hotel Johor Bahru    Ikan korang kene order kat kuanter ikan..Semua ikan lebih kurang berharga RM 7- 9 100gram...ikut jenis yang korang pilihla..aku tak sure berpa kene semua oder tu coz my adik yang belanje..aku makan je :P Menu utama ikan bakar dan ikan bakar..kitorang pilih pari sekor,besar gak le..dan bawal 2 ekor..gambor bawal xsnap pulak coz tak brape sedap :P Kalau korang nak order sayur pun ada..ni diorang akan bakar gak..  side oder ulam-ulaman dan sambal belacan wajib la kan..selain tu sebagai tambahan menu,nasib baik le ade gak bende berkuah disediakan,utk bebudak kitorang amik sup ayam..harge rm5 semangkuk  Bersama mak mentua ku..makan ramai2 ngan adik2 aku dan pasangan Inilah orang yang belanja kitorang makan..adik aku yang stay kat JB..kitorang tumpang rumah dia masa g JB ari tu..tqvm ye bw jenjalan and belanje makan **masa gi johor..aku rasa asyik makan je..almaklum le hati senan

SBPA lagi

Pagi ni diadakan taklimat berkaitan SBPA kat ofis aku MOF..aku tak turun pun..just dengar dari tempat duduk je..malas lak nak turun,mode ngantuk nak dengar..dengar gaye penyampai taklimat tu leh wat aku bertambah ngantuknya..zzzzz...nasib baik dorang pasang speaker..satu ofis leh dengar bagi yang tak pergi le.. Actually aku tak berapa clear dengan ape yang penyampai tu cakapkan..cam baca teks je..kurang pencerahan..Aku rasa ramai yang nak tau pasal kenaikan gaji tu je kan..camner pengiraan dia..yang tu orang gomen nak tau sangat..macam2 cara kiraan yang dikeluarkan..Namun masih tak memuaskan hati..banyak sangat pandangan..So,keputusannya kene tunggu le slip gaji tahun depan..puas hati kan..tengok le berapa banyak yang kita dapat... Dalam dok seronok gaji nak naik ni,ada pulak ura2 kate cola nak ditarikbalik..so pekejadahnya kenaikan gaji ni...sama macam tak de untungnya..bagi yang dapat cola rm300..knaikan gaji depan dalam sratus ke 200..pe je bezanya...Aku harap bende tak jad

Antara yang dikatakan dalam SBPA

Image
UPDATED:pekeliling dah keluar..lihat {SINI} Gaji -single point tanpa kenikan tahunan kpd kumpulan premier.jadual gaji sebaris.konsep jadula gaji min-max kpd kump.pengurusan tertinggi dgn kenaikan gaji tahunan ikut prestasi Pemansuhan 29ribu jawatan   -berdasarkan enam strategi inisiatif perkhidmatan awam iaitu kawalan saiz, kajian pertindihan fungsi, penjajaran fungsi utama, perkhidmatan boleh diserah urus, perekayasan proses kerja dan kajian semakan skim perkhidmatan Exit Policy -Kakitangan kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka .Penilaian dibuat kpd k/tangan wam yg memperoleh markah 70% ke bawah Cuti Belajar Bergaji Penuh -untuk kumpulan pelaksana bg mengikuti kemahiran latihan dibawah program SkillsMalaysia..(yang ni aku nak tau gak apa faedah diperolehi setelah ade skills ni) lain2 leh te

Jadual Gaji Tahun 2012

Image
jadual gaji next year dah kuar awal lagi..tapi gaji bulan ni belum masuk lagi..and jadual gaji sistem baru next year pun belum muktamada lagi keluar..ehehhe...ok selamat menikmati gaji baru ye kepada yang naik mencanak tahun depan..teruskan berkhidmat dengan tekun dan amanah..keje jangan culas rancanglah perbelanjaan dan aktiviti anda untuk masa depan..ehheh..

Tamat sudah latihan..Alhamdulillah

Image
SAMBUNGAN KISAH PERCUTIAN HARI TU.. AKU KE JOHOR ..NI LAH TUJUAN ASALNYE Hari yang dinantikan..Bergerak dari JB dalam kul 4.45pagi..tiba pada pukul 7.00pagi di Maktab Teknik PDRM,Muar..semangat nak menyaksikan husband tamat latihan..akhirnya berjaya menamatkan latihan..tapi sure kenangan di sini akan dirindukan oleh pelatih2.. Pemeriksaan baris hormat oleh Komandan MTPDRM Persembahan pancaragam PDRM..suke dengar muzik band ni...cam best je tengok dorang main..dulu aku ade gak berangan nak jadi camni...heheh..berangan sajele Ni detachmnet my husband..gambar dia tak dapt nak snap jelas..saja malas nak taruk dalam blog ni..kang ade yang terkejut lak tengok muke husband aku..hhahah..berubah gila...gelap,botak dan tanpa misai serta janggut..berapa lame le nak back to normal..kene gi SPA la,program pemutihan Ni adalah group pelatih wanita..cuma ada 66 orang saja pelatih wanita..selebihnya lelaki Video perbarisan..gerak perlahan dan laju..

SBPA

skim SBPA yanga baharu menyaksikan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.   berbanding Skim Saraan Malaysia (SSM), penjawat awam yang dilantik selepas 1991 diwajibkan berkhidmat sehingga berusia 58 tahun, tetapi dalam SBPA pula syarat itu dimansuhkan yang mana semua penjawat awam boleh membuat pencen pilihan masing-masing.   selain menikmati gaji baharu, cara bekerja turut berubah dan perubahan itu selari dengan kehendak semasa sebagai pelaksana dasar kerajaan.-ceupacs berikut adalah gaji SBPA bagi:- Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80 Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95 Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115 Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145 Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180 *********************************************************************************************************** N11   850 930 1010 1090 1170 1250 1330 1410 1490 1570 1650 1730 1810 189

bersiaran dari JB

hai..untuk makluman aku sedang bercuti..alhamdulillah aku selamat sampai ke JB tengah malam tadi..bertolak dari Putrajaya dalam kul 8.15 malam dan selamat tiba dalam kul 12pm lebih la.. so far hari ni plan nak round2 JB je..malamnye akan pekene nasi lemak Seninbong..ok aku pun tak tahu pasal SENIBONG ni..mungkin ni tempat makan yang best kt sini kot..follow je.. Sok pepagi bute dalam kul 4pg kene bangun awal..coz akan bergerak ke Muar pulak..wat ape lak kat sane?of course le untuk menyaksikan upacara perbarisan tamat latihan my husband..Alhamdulillah..selesai sudah...Kat sini kitorang akan stay semalam di Riverview Hotel..sementara nak tunggu husband lepas dari pusat latihan tu,leh le merewang area Muar..Sabtu pagi baru husband leh lepas dan akan pegi a mik dia.. Semoga perjalanan selama 4hari 3malam ini selamat hendaknya..

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

Ini nak share lagi tentnag cara curi kereta oleh penjenayah..aku pasti ade yang dah bace kan..so aku aku nak publish gak kat blog ni unutk tatapn aku dan sesape yang belum bace..Jenayah ada dimana2..sekadar peringatan buat kita terutama kaum hawa.. - CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan keret

Kau bagaikan udara

Mood aku sangat happy coz next week husband aku dah nak tamat latihan.Sekarang ni husband lebih banyak masa 'bergayut' kat phone ngan aku..Setiap hari pasti call..Sebelum ni masa agak padat dengan kelas pada waktu malam.. Sejak jumpe dia kat Muar hari tu,walaupun cume 40minit je jumpe tapi aku sangat puas hati..dapat gak lepas rindu anak2 termasuk aku gak le..ape yang aku perasan bila berjuauhan ni persaan cinta dan rindu pasti lebih mendalam..Kadang suke jugak bila berjauhan ni..bila asyik bergayut kat telefon ni,teringat zaman cinta2..camne perasaan korang after pakwe call..selalu berbunge je kan..suke je Dalam dok 'gayut' tu ade yang wat aku positif dengan kata-kata dia..Ok,aku tahu dia kat sana dilatih salah satu tujuannya untuk diltaih menjadi seorang yang berdisiplin dan membentuk kecemerlangan diri..itulah yang aku harapkan.. Dia bagi kata semangat kat aku terutama bab kerja..dia ade tanya perkembangan kes aku kat ofis tu how..jwpn aku biasa..masih ta

Asam Pedas Pari..

Image
yg ni aq masak tau..comot cikit tapi rasa cam muor..hhahah Sabtu lepas gi Muar jumpe husband..kat sane sempat singgah makan kat medan selera area Jalan Junid..Asam Pedas pe tah namaneye..so far,aq kurang feel makan time tu...layan bebudak makan je le.. On the way lik Putrajaya singgah ke Pangkalan Balak,Melaka..borong ikan,lokan,kupang bagai.. Ahad semalam aku balun wat asam pedas la pari tu..beli sekor tapi masak separuh je..ha itulah hasilnye..pandai gak aku masak kan..heheh..anak2 pun suke makan..disamping tu aku wat sup ketam campur brokoli utk anak2..tapi kuang makan..hirup kuah je..sekali aku suap nasi aku ngan asam pedas ni..perhhh..layan jugak dorang erk..sedap le tu..ehhe..puji lagi. Resepi dia pun simple je...cam malas lak nak citer bahan nye ape..eh korang google je le..banyak versi asam pedaws ni kan..ade yang taruk itu ini..ishh..ikut mane yang senang dengan bahan yang ade je sudah.. Selamat menjamu selera..aku bawa bekal hari ni..pagi tadi bangun awal

Dah audit..banyak benar komen

Lega dah selesai tempat aku ni diaudit oleh 2 cik auditor 5s.. Kat kaunter pe ceritanye ye..kemian lagi aku tengok auditor tu dok check laci bagai.. Wah kemain strict ye sorang dari mereka ni..kat registry..ade gak le komen suh wat cara permohonan la..Kaizen la..sistem pergerakan fail la..suh kunci pintu la..mintak kabinet tu berpalang la..Ok apa2 hal admin le kene amik perhatian akan permintaan pihak registry..sistem tu ok gak kalu wat tapi kene tindakan dari orang admin gakkan..cam tu gak kabinet dan kunci..admin gak Kat pantry lak..dia mintak minimise kan barang yang ade..yang tak perlu mintak simpan or lupus jika perlu..yang makan jangan tinggal makanan/bekas atas meja kalau boleh..yang kerusi patah tu mintak alih letak le or selenggara..ish..ish..ganas benar..sape le yang duduk sampai patah tu..kan dah kene snap pic kat situ Kat tempat lain how ya?Eh ini baru audit dalam..lum MPC lagi..bossannlah

cik 5S datang lagi

Image
Sungguh ku tak bisa..sampai kapan pun tak bisa.. 5S kembali lagi..arghh..bosssann lah.. Hari ni giliran bahgian aku akan dicheck..walaupun bukan aduit yang betul2nye tapi aku tetap bosan ngan benda ni Semua orang sibuk merajinkan diri mnegams itu ini..ok time ni la pun baru nak wat kan.. Peh audit 'blah' kembali kesediakala..dunia penuh lakonan semata2 Ok,sila kan datang..dengan tangan terbuka silalah audit..if audit segala bende pun bagus gak..