Monday, December 06, 2010

# Corat Coret

Salam Maal Hijrah

Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Sok bagi umat Islam bermulalah detik baru dalam tahun hijrah..1 Muharram 1432H. Cam biasa tiap2 tahun akan ada sambutannya di negara kita ni..kali ni dengan temanya '1Malaysia, 1 Ummah'..

Apepun semoga tahun baru ni akan ada ruang untuk aku berubah ke arah yg lebih baik..masih banyak kekurangan..dan menjadi harapan setiap insan moga esok ada sinar..Hijrah Itu Pengorbanan.. Hijrah Itu Perjuangan

Lagu tema Maal Hijrah cam biasa akan kedengaran..lagu yang popular sejak aku di zaman kanak2 lagi..

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
 
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
 
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

No comments: