Betul..betul..betul..yeehaaa!!

Akhirnya..dapat jugak anak-anak aku jumpe watak kartun favourite diorang..Upin & Ipin..Agenda Upin & Ipin ni bermula di Dataran Masjid Putra Sempena Karnival Belia Negara..tapi masa kitorang sampai (ni sume gara-gara menunggu bas..lambat)Upin & Ipin dah pun selesai kat situ..frust je..last kitorang gi ke Tapak Karnival Jom Heboh..wahh..nasib baik..dapat jugak berjumpe and ambil gambar ngan U&I ni..walaupun tak dapat bergambar bersama U&I, dapat jumpe and amik gambar dari jauh pun jadi lah..asalkan Danish dan Darwisyah happy..at least Danish dapat jugak bersalam dengan Upin..wah kemain suke dia..bebudak ni memang minat benor ngan cerita animasi ni.Danish sejak usia 5 bulan dah tengok hingga la sekarang. Adiknya pula sejak dalam perut lagi dah terdedah ngan cerita ni..Mama dia hari-hari dok tengok cerita ni ngan abang dia (Danish).. tu pasal bile kuar je dia pun terkena gak aura Upin & Ipin ni.Inilah antara animasi Melayu terbaik di Malaysia. Tak membosankan, lucu dan banyak pengajaran diselitkan.Betul..betul..betul !(trademark Ipin)

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya