Saba' Restaurant, Cyberjaya

Salam semua..Ahlan wasahlan... dah makan? kalu belum ape kate kita try pekena nasi arab pulak. Kali ni Makan..Makan singgah ke Restoran Saba' yang terletak di Cyberjaya. Restoran ni milik seorang saudagar Pak Arab yang stay kat sini. So,ada banyak tempat makanan yang menjual juadah timur tengah ini. Mungkin sebab ada ramai pelajar asing timur tengah di Universiti Multimedia yang berhampiran. Oklah, berbalik pada Makan..Makan..Inilah hidangan pilihan aku and member lain pada tengahari itu. Chicken Kabsah Rice.Sepinggan nasi tu harganya RM8.00 sahaja.Banyak jugak la and mengenyangkan..sedaapppp.. Nasi ini dimakan bersama ulam timun dan juga tomato segar yang dilecek halus. Kira cam dipping sauce ler tu. Ha ni pulak minuman yang kitorang pilih..Istimewa kat sini ..air karbonat BARBICAN ni..macam-macam perisa ade..tapi ari tu member aku pilih perasa apple and peach. Harganya just RM3 sebotol..leh bawa lik kalu tak abis. Aku pulak amik Lemon Juice je..tu pn tak abis..tu yang colour putih tu Lemon le..sama la harganya RM jugak. Antara Menu lain yang terdapat kat sini: Kad..ape tah..hehehhe..swipe je..senang kira.. EH..eh..geng yang senyum simpul menanti makanan sampai..perut dah bergendang gendut tali kecapi..dah makan senang hati..mengantuk le pulak..balik ofis dah cam tak betul ja.. Cam ner nak pergi sini?Ha ni Alamat nya: Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1, Jalan Perdana, CBD Perdana Cyberjaya Selangor Kalu ada GPS tu lagi bagus..buat guide..!

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya