Pesta Nasi Lemak 1 Malaysia pada 4-6 Jun di Putrajaya

Putrajaya- Memartabatkan Nasi Lemak sebagai makanan warisan. 10,000 bungkus Nasi Lemak akan diberi secara percuma kepada pengunjung sempena Pesta Nasi Lemak 1 Malaysia. Pesta tiga hari itu di jadual pada 4 hingga 6 Jun depan bertempat di Tapak Pasar Tani Presint 2, Putrajaya. Selain memartabatkan nasi lemak sebagai makanan warisan, pesta yang julung kali diadakan ini bertujuan mengumpul dan mencungkil bakat memasak dengan Resepi Nasi Lemak yang digemari semua kaum di Malaysia. Menurut Pengerusi Program, Chef Yang Jamil, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bakal merasmikan pesta berkenaan. Beliau memberitahu media di Putrajaya. Setakat ini hampir 200 penyertaan diterima untuk pertandingan memasak nasi lemak dan ianya masih dibuka kepada warga Malaysia sehingga 3 Jun ini. Turut diadakan sepanjang pesta tersebut ialah pertandingan karaoke, pameran jualan barang-barang IKS, pertandingan mewarna kanak-kanak dan demonstrasi pelbagai produk

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya