Jom Jalan-Jalan Kat Putrajaya

Hari ni bermulalah Karnival Hari Belia Negara 2010. Suasana Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya nampak lebih meriah dengan khemah sana sini. Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang 3 hari berlangsung. Sudah pasti pusat pentadbiran ini akan menjadi lebih sesak dengan kehadiran pengunjung. Sepanjang this week aku just memerhati kan saja apa yang berlaku di sana dr dalam ofis and sewaktu pulang. Dapatla jugak lihat persiapan dilakukan. Memang take time jugak le. So,tadi (lunch hour ..Jumaat) aku sempat meninjau suasana di luar sana. Karnival ni tak jauh pun dari ofis aku. Jalan kaki saja. Kesempatan diambil utk tengok2 ape yg menarik. Nak pergi sabtu or ahad rasanya tak dapat la nak jalan2 sangat...maklum keadaan mesti sesak..tambah bawa anak..problem jugak. Ikutkan banyak lagi tempat yg perlu dijengah..tapi kepenatan ler nak jalan.Untuk pengetahun perkhidmatan bas or tram turut disediakan. Ianya sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masalah parking. Bagi yang duduk berhampiran elok jalan ke..naik motor..or gunakan bas. Berikut adalah antara pameran dan jualan yang ada..banyak lagi tapi tak sempat nak pergi.terdapat pameran pendidikan...elok bg pelajar lepasan SPM/STPM mahupun siapa juga yg bercita-cita nak sambung belajar. Jualan kain, Telekung, tudung, baju dan tuala Jualan barangan Telefon, Elektronik dan Mobile kaunter Air Asia, MAS, Jusco dll. Suasana sekitar Tapak karnival.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya