Friday, May 14, 2010

# Orang Gomen

Penjawat Awam Perlu Tunjukkan Kehebatan Luar Biasa - Najib

Penjawat awam perlu menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam tindakan yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi merealisasikan Wawasan 2020. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana dalam tempoh tersebut akan menjadi penentu kepada kejayaan atau sebaliknya terhadap matlamat yang diimpikan itu. "Jika dalam perlumbaan maraton, kita ini dah masuk last stretch, sebab 10 tahun saja lagi sebelum mencapai Wawasan 2020. "Sebab itu, bila dalam maraton ini, kita dah dekat garis penamat ini, kita mesti pecut. Bukannya dah dekat dengan garis penamat, kita dah habis angin, tercungap-cungap. "Tak boleh... 10 tahun akan datang ini adalah tahun di mana kita mesti menunjukkan kecergasan dan kehebatan yang luar biasa. Barulah kita berjaya," katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan penjawat awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. -- BERNAMA

No comments: