Monday, June 24, 2013

# Orang Gomen

CEUPACS syor bonus penjawat awam ,KSN serah kepada PM

Khabarnya CEUPACS hari dok bersidang dan bakal bincangkan hal bonus ni.CEUPACS mintak kalau boleh kerjaan bagi lebih sebulan setengah gaji dalam pembentangan Bajet 2014 nanti, banding sebelum ni..kalau tak pun  kekal seperti tahun lepas jadilah.

Dan jawapan KSN pulak..serahkan kepada PM untuk menentukan keputusan tersebut.

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, menyerahkan pada Perdana Menteri untuk membuat keputusan berhubung pemberian bonus kepada lebih 1.4 juta penjawat awam pada tahun ini.

Ali berkata, kerajaan akan membuat keputusan tepat mengenai pemberian bonus berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan semasa.

"Saya rasa Perdana Menteri sendiri akan membuat keputusan mengenai pemberian bonus," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada lebih 1,000 kakitangan dan pegawai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di sini, sebentar tadi.

No comments: