Wednesday, March 13, 2013

# Sharing

Risiko sambung bayar kereta

 sekadar perkongsian
Amalan ‘sambung bayar’ oleh rakyat Malaysia dengan memberi kenderaan yang tidak lagi digunakan kepada pihak lain tanpa menukar nama pemilikan berisiko membuatkan individu terbabit terjebak dengan masalah hutang tidak mampu dilangsaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian berkata, amalan itu hanya berlaku di negara ini disebabkan terlalu percayakan seseorang.“Apabila seseorang itu mahu mendapatkan model kenderaan baru, dia menyerahkan kereta lamanya sama ada kepada anggota keluarga atau rakan karib tanpa menukar nama pemilikan.“Tindakan itu sangat berisiko kerana kami menerima beberapa kes membabitkan pinjaman kereta lama tidak dibayar menyebabkan pemilik asal berdepan masalah hutang yang besar,” katanya yang ditemui semalam.
Selain itu, menurutnya, setiap salinan kad pengenalan perlu dipalang bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan membuat pelbagai pinjaman menggunakan identiti yang dicuri.-hmetro 4 August 2012

Tanpa memahami kontrak di antara pemilik asal dengan pihak Bank,ramai yang mengenepikan risiko sambung bayar dengan meletakan kepercayaan penuh pada surat perjanjian.Dalam kes melibatkan penipuan,kemalangan,kematian pemilik asal dan kecurian,penyambung hutang selalunya ‘berputih mata’ tanpa sebarang hak tuntutan insurans kerana polisi perlindungan hanya termeterai antara pemilik asal kenderaan.
Dalam kes melibatkan kematian pemilik asal kenderaan pula,penyambung bayar juga sering menjadi mangsa apabila kenderaan tersebut di tuntut oleh warisnya.Harus diingat bahawa penyambung bayar tidak berhak terhadap kenderaan yang di bayar sehinggalah penukaran nama dilakukan.
Risiko lain kepada penjual adalah saman daripada pihak polis atau JPJ keatas kenderaan tersebut akibat kesalahan yang lakukan oleh penyambung bayar,lebih malang lagi penyambung bayar tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan nya kerana tahu pemilik asal tidak boleh membuat apa-apa tindakan sehingga pemilik asal kenderaan ‘disenaraihitamkan’ oleh pihak berkuasa.Walau apa keadaan sekalipun pemilik asal haruslah bertanggung jawab sepenuhnya keatas kenderaan tersebut selagi belum di tukar hak milik.
Oleh itu,pilihan terbaik adalah dengan menjauhkan diri daripada kaedah sambung bayar kerana walau sekuat mana kepercayaan kita kepada pemilik asal,ia pasti ‘tewas’ apabila berlawan dengan undang-undang jual beli.-keretaterpakai

No comments: