PP 8/2015:IMBUHAN TETAP PERUMAHAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2015:pelaksanaan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.Berkuat kuasa mulai 1 November 2015.

  1. Kadar ITP bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Am Persekutuan 
  2. Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Semenanjung
  3. Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Sarawak/Sabah/Labuan
  4. Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Semenanjung
  5. Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Sarawak/Sabah/Labuan
  6. Kadar ITP bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
Pemberian ITP kepada Pegawai yang Diperuntukkan Kuarters:
- ITP diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk Perkhidmatan Bomba dan Perkhidmatan Penjara yang mendiami kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP pegawai.

Bagi pegawai yang diperuntukkan kuarters, pegawai itu layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai: 

(i) termasuk dalam keadaan-keadaan berikut: 
(a) pegawai tersebut mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa dalam keadaan pegawai itu dibenarkan untuk menduduki kuarters; atau 
(b) bagi pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa, pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau melebihi kadar 25% daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya. 

(ii) kecuali jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai itu menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai hanya akan dibayar separuh daripada kadar 25% daripada ITP tersebut.

Pemberian ITP kepada Pegawai yang Tidak Diperuntukkan Kuarters:
- layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar penuh

(i) termasuk dalam keadaan-keadaan berikut: 
(a) pegawai yang mendiami kuarters yang diperuntukkan kepada pasangan pegawai; 
(b) pegawai mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa; atau 
(c) pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar penuh atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau lebih daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya. 

(ii) kecuali, jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan dibayar ITP separuh daripada kadar penuh ITP tersebut. 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya