Posts

Showing posts from November, 2012

Tarian cuti-cuti 1Malaysia @ Putrajaya Ahad ni..moh berhibur sakan

Ahad ni sesape yang free takde mende nak wat leh jenguk Putrajaya..menari-nari yeehaa.. yeeba... yeeba.. mesti ade yang suka kan..Anggap la ala2 senam aeorbik. Lebih 16,000 peserta dari seluruh negara bakal menyertai Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia yang akan diadakan di Dataran Putrajaya dekat sini pada Ahad program yang akan dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu bermula 6 pagi dan dimeriahkan artis jemputan iaitu Jimmy Pelikat dan One Nation Emcees yang popular dengan lagu Anak Kampung. program yang masuk kali keempat diadakan itu akan menghimpunkan tarian pelbagai bangsa di negara ini seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Orang Asli selain diselitkan tarian moden dan 'Gangnam Style' yang menjadi fenomena dunia. tiga tarian iaitu melambangkan 1Malaysia, 1Malaysia For Youth (1M4U) dan Tahun Melawat Malaysia 2014 juga akan dipersembahkan untuk kali pertama kepada orang ramai pada program itu.

Dah Sampai Tembok Besar China

Image
Bukan aku tapi my parent and adik2..sedihnye tak dapat join..kalau tak preggy sah2 aku pun akan ikut serta..Sadis~.. Alhamdulillah dorang selamat sampai ke Beijing.Hanya mampu antar dorang kat airport Ahad baru ni..Sabtu pagi nanti baru dorang sampai sini..Arhhh..tensen gak bile tengok gambar percutian dorang..hanya lihat update di wassup..pegi sane sini..jelessss..Bila lagi nak gi weh..nak join!! Sekarang ni musim sejuk...grrrrr,,merasa la musim ni..kot dan leh main salji lak.Seminggu di sana hope balik nanti jangan lupa ole2.. Ok,aq sedih dan jeles bangat!!

Cara selamat makan mi segera

Image
Bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar. Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan. Jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi. Seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera Apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya. Kemudian baru dimasak ke dalam air mendidih yang baru. Tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera.Jika boleh buat perencah sendiri. Ketika membeli mi segera selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak. Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu.

Durian Crepe

Image
Apa itu durian crepe?yang aku tau bahsa mudahnya sejenis makanan yang fiiliingya durian dan luar nye crepe dari tepung.Hhahaha..mandai jekan..ok masih tak jelas. Tadi baru dapat Durian Crepe ni..oder kat akak ofis ni..dia bab makanan nombor satu..heheh..sori K.Non! Actually aku tak pernah rasa lagi just peanh dengar je..So dah ade orang dok promo..amik oder la..try dulu sebungkus..RM10.Balik kang baru nak try rasa.Orang kata sedap makan sejuk-sejuk.Ok simpan dulu dalam peti kang lik baru amik.Jangan lupa lak wahai aku yang pelupa ni.Kang kebuluq teringat2 lak kat umah nanti.Hmm..semerbak bau doyan nie!

1MOCC:Pusat Panggilan 1Malaysia | Hanya satu nombor berhubung dengan kerajaan

Image
I snin baru ni 12 November 2012,aku berkesempatan menghadiri MAJLIS PELANCARAN 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE (1MOCC) yang dibawakan oleh PA JPM.Majlis tersebut dilakukan di Perbadanan Putrajaya dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri kita. 1MOCC merupakan satu projek 'National Flagship' di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000.Semua operator kementerian, agensi kerajaan dipusatkan dengan satu nombor tersebut sahaja Pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun termasuklah pada hari cuti umum. Lima saluran komunikasi iaitu telefon, khidmat pesanan ringkas, faks, e-mel dan media sosial menjadi platform untuk rakyat menyalurkan apa sahaja kemusykilan atau cadangan. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel di 80008000@1

Pengalaman Mengaudit

Selamat pagi dan salam Jumaat Dah berapa hari tak update blog...Agak sibuk dengan tugasan di ofis.Semalam langsung tak dapat ngadap blog. Buat pertama kali semalam,pergi audit Pemeriksaan Mengejut kat APMM Stesen Udara Subang.Nasib dekat je dan balik hari.So takde masalah la nak gi. Buat pertama kali jugak jadi auditor check hal kawalan pengurusan.Kalau sebelum ni kita je kene audit.La ni merasa la bagaimana mengaudit orang.Check Fail Meja,MPK,Waran Perjawatan,Carta Organisasi Jabatan,JPKA dan lain-lain.Mula agak blur jugak bende ape nak buat.Disebabkan takda pengalaman lagi wat benda ni,cam orang 'bodoh' pun ada..arhh biaralah lah jangan belagak pandai udah.Pengalaman dan pembelajaran pertama kali memang gitu.Nanti dah biasa okla kot. Hmm..mungkin ini first and last kot aq wt audit sebelum cuti bersalin.Menghitung hari.Tahun depan masuk keje after cuti tak pasti le pe kan jadi.....

Peluang Masuk Muzium Helah@Trick Art Museum I- City Secara Percuma

Image
SHAH ALAM:  Pengunjung Taman Tema I-City, berpeluang masuk secara percuma ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang ditempatkan di dalam taman tema itu, bermula pada Jumaat. Pengarah muzium itu Monica Ong berkata pihaknya mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menimba pengalaman dengan bergambar dari hasil lukisan tangan yang mampu menghasilkan latar belakang berdimensi. "Buat masa ini tiada bayaran dikenakan kepada umum sehinggalah satu tempoh yang akan diberitahu kelak," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan muzium itu di sini, Jumaat. Beliau berkata muzium seluas 8,000 kaki persegi itu julung kali diwujudkan di Malaysia. Katanya muzium dua tingkat itu mempunyai lima tema lukisan yang dilukis pada dinding bangunannya iaitu Egyptian, Famous Masterpiece, Animal Kingdom, Marine Life dan Modern Classic. Monica berkata muzium itu dibuka kepada semua lapisan masyarakat pada setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam. -BERN

Keputusan UPSR Ditunda

Hari tu diberitakan yang keputusan UPSR 2012 akan keluar pada 8.11.2012 Khamis ni. Namun ditunda pula ke tarikh 19.11.2012. Apapun tunggu sajalah Bagi yang ingin menyemak Keputusan UPSR secara online atau SMS leh refer situ

Set Bersalin Apa Yang Terbaik?

Tinggal berapa minggu je lagi aku bakal bersalin anak ke-3..Insya'allah..Persediaan unutk baby dah cuma mak nye je lum lagi .Antaranya aku masih tercari-cari produk set selepas bersalin ketika dalam pantang nanti. Bukan senang nak memilih.Banyak yang nak diketahuai."Produk A vs Produk B, mana yang bagus?",Berapa harga?Apa kesannya?bla..bla...   Ada yang cakap produk ni bagus..bla..bla..ada yang cakap produk ni tak sesuai dengan dia..panas..bla..bla..Tak semua orang serasi dengan set bersalin tertentu.Kalau tak sesuai takut nanti kesannya kepada badan kita dan juga kepada baby. Apa nak dikata dan dicari??

Semak UPSR 2012 Secara Online & SMS

Image
Mulai Khamis ni 8 November 2012 keputusan UPSR akan diumumkan.Bagi yang menduduki peperiksaan tersebut pasti ada yang nervous mahupn tak sabar nak tahu resultnye kan.Bagi kita ibu bapa,adik beradik mahupun sedara mara of course nak tahu jugakkan.Apapun keputusannya ini bukan lah perngakhiran unutk kita terus belajar dan berjaya.Masih banyak jalan yang perlu dilalui. Semakan secara online di laman web ini: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php Semakan UPSR melalui SMS: i) Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888 ii) Contoh : UPSR BC001A040 dan hantar 15888

Coklat Choki Choki

Image
Sape pernah makan benda ni?sure ramai yang kenal dan pernah menikmatinya.Masa zaman bebudak dulu benda ni memang jadi kegemaran..lik sekolah gi kedai beli choki choki..enak dimakan begitu saje..nak makan ngan roti pun boleh Ni aku beli kat kedai ofis aku..jual sepek,ada 5 batang..harga RM1.50..kiranya sebatang choki ni 30 sen la..dulu murah je kan..size still same je.. benda idak le puas sangat pun kalau makan..tak rase dek tekak sangat..bek beli je nutella ke or yang seumpanya..baru banyak,senang cedok taruk ateh roti..

Burger Bakar Abang Burn dan Satay Willy Ramal Junction

Image
Semalam,berjaya jugak menunaikan keinginan untuk makan burger bakar..peh keje terus ke Ramal Junction,Kajang..masa sampai orang tak ramai lagi dah dekat kul 7 baru penuh orang..So dah samapi terus gi gerai Burger Bakar Abang Burn..kejap je oder dah sampai..air pulak amik air suam and limau suam..yele makan benda gini kang leh muak dibuatnya..so kene le pilih air yang sesuai.. Ni double beef cheese burger..RM14..Larat nak makan,tinggal sikit lagi,aku dah tak mampu nak habiskan Beef cheese burn burger harga dalam RM8.50 Makanan sampingan oder Satay Willy..tak habis pun..so tapau bawak lik Kalau nak makan kat sini,jangan ikut nafsu sangat..if rasa nak makan burger double ke pe rasanya cukup kot kita oder itu je..dah kenyang..tapi kalau terasa nak makan benda lain better tapau la....kat sini ade jugak gerai Mee Udang Port Weld,Nasi Ayam berempah la, Char Kuey Teow dan lain-lain yang pasti akan menggoda korang kot yang jenis nak makan itu ini..waspada..tumpukan perhati

Lunch Aku Masakan Kampung Je

Image
Tengahari ni ofis ada wat makan..ade sorang Juruaudit ni sponsor..murah rezeki dia pagi tadi pun ade gak jamuan bfast..memang kenyang giler le hari ni! Menu: Ayam Kicap Udang masak lemak pegaga Kerabu mangga Ikan masin Ulam2 dan sambal macang Masakan kampung lebih sedap weh!ni kat rumah mau bertambah

Kajian semula gaji hanya libatkan 20% penjawat awam

Cuepacs berkata kajian semula gaji kakitangan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum. Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus diberi perhatian supaya tidak ketinggalan. Sehubungan itu kata beliau, laporan media bahawa kajian semula melibatkan keseluruhan kakitangan awam tidak benar. "Hanya mereka yang sudah capai tahap gaji maksimum. Dua puluh peratus ini harus diberi keutamaan. "Cuepacs mengharapkan kenaikan dua hingga lima peratus kepada kakitangan awam yang sudah berada pada tangga gaji maksimum. Mereka ini akan mengalami penurunan gaji dua peratus apabila skim gaji penjawat awam dikaji semula (kelak)," katanya kepada Sinar Harian Online. "Kita mengalu-alukan dan h

Buah Macang dan Buah Star..Masam Masam Manis

Image
Buah setar atau setaq..dapat masa balik kampung raya hari tu..orang bagi..ade yang masak wana kuning dan ada yang muda,hijau lagi..tapi sedap lak lak yang muda tu..rangup je wat cicah /colek..yang kuning dah masak tu masam gilerrr...kecut muka weh..hehhe Gambar atas ni aku panggil buah macang..bulat je rasa pun manis..wat sambal pun sedap nie tapi kat rumah takda cili hidup le pulak..udahnya wat makan gitu je cicah ngan kuah rojak yang masih dok ada lagi tu. Buah bacang seperti juga buah kuini iaitu mempunyai beberapa persamaan terutama dari segi bentuk, rasa, aroma dan struktur isinya. Antara perbezaan jelas ialah kandungan serat dalam bacang lebih keras berbanding dengan kuini. Buah macang putik mengandungi getah bisa yang mampu menyebabkan bibir dan mulut berkudia. Apabila masak, getahnya terhad pada kulitnya dan buah masak boleh dimakan selepas dikupas. Buah Macang merupakan buah yang sedap dan sungguhpun berbau kuat, rasanya pernah digambarkan sesedap durian, tetapi

Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan

Image
Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.  Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.  "Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," .  Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.   Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.  "Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan amb