Perpisahan itu...Kini Akulah Mama & Papa

Semalam,hari yang amat menyedihkan bagi aku dan anak-anak..sebabnya kitorang terpaksa berpisah dengan papa (husband)..aku pasti suami aku pun mengalami perasaan itu...tak pernah nak berjauhan lama begini..demi tugas dan tanggungjawab,akhirnya aku relakan gak dia pergi walaupun dalam hati beribu2 perasaan ada..Semasa hantar husband kat lobi rumah,seriously aku tak dapat kawal dari 'hujan' kat situ..konon nak try control,tp bile salam and husband kiss me,serta merta air mata aku laju je kua..Argghh,aku memang lemah dan sensitif pada sebuah perpisahan!
perpisahan itu selalu terjadi
kepada insan yang bercinta
sungguh sedihnya rasa ..apabila ianya terjadi
Hari ni mula lah kehidupan husband aku sebagai sorang pelatih di PULAPOL,Muar..dan aku di sini akan bertanggungjawab menggalas amanah menjaga anak-anak..aku lah mama dan papa mereka sekarang ni..walau dalam keadaan apa sekali pun aku akan jaga dorang sebaik mungkin dan cuba menggembirakan dorang..supaya dorang tak bertanyakan ke mana papanya..mungkin budak2 mulanya tak terasa lagi..tapi bila dah beberapa hari..berminggu tak jumpe pasti ade sekelumit perasaan rindu dan ingin tahu..walaupun dorang tahu papa nye gi kursus tapi sampai bila papa nak balik tu aku agak sukar nak jawap..Haruslah aku kene sabar,tabah dan kuat melayani dorang dan hari-hari mendatang..mampukah aku?
kini kau bersayap pergilah terbang..rentaslah langit cita2mu..harap nanti kitakan bertemu...
janganlah engkau tak terbang pulang, ku nanti penuh kerinduan, selamat tingaal selamat jalan..
Entahlah,aku pun tak pasti sampai mana aku mampu bersabar..entah bila aku dan anak2 dapat berhubung kembali dengan husband..selepas sebulan baru boleh melawat..rasanya tak pegi kot,just last day kursus baru aku gi sana ambik husband..sekarang nak berhubung melalui telefon/sms pun tak boleh..lagi tensen..terputus hubungan sekejap..just menanti call dari dia je bile ade masa..sudah pasti kat sane jadualnye agak padat..Menanti dan menanti saja....

Kini aku menghitung hari untuk bertemu kembali..bulan depan dan sehingga Disember nanti..Buat suamiku (jika berkesempatan membaca blog ini) Doaku sentiasa mengiringi mu..Semoga berjaya menjalani latihan dengan selamat..semangatku tetap bersamamu..

Comments

Anonymous said…
ohh..sedihnya..lagila sebab kesukaran untuk berhubung. bersabar okay!
ftdanisha said…
@Fitri Senin tq..dlm proses belajar mnjdai sorang yg bdikari,cekal dan penyabar..
3 bulan kan? insyallah moga dipermudahkan.. dan selepas ni akan ada rezeki yg lebih baik..
ftdanisha said…
@Rozita yup...harap2 begitulah..permudhkn sgla urusan yg mndtg..syukur
pejam celik, pejam celik kejap tu..tabah ye, harap dipermudahkan allah...:)

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya