Moh Ke Kebun

Minggu lalu aku amik cuti panjang sikit dalam 3 hari cuti rehat + cuti sabtu ahad..so 5 hari la kan..balik kampung husband kat Batu Kurau..memandangkan balik sana dan takda perancangan lain, so aku ajak encik somi pi kebun mak aku di Kg. Pantai Besar..mak ayh aku pun sebenarnya asal dari sana cuma dorang berhijrah ke Sungkai demi mencari rezeki..
Kitorang pun pi la jenguk kebun mak aku tu..perhhh..saujana mata memandang..semak samun subur menghuni tanah kebun ni..last kerja pembersihan kebun ni dilakukan sekitar pertengahan tahun lalu..semasa musim durian...Bak lagu Mr Os..Musim deghoyan banyok sedare mare,Bila nebas, seko tak nampak muke...hehehhe 

Bile tengok keadaan macam tu..kami dengan rasa hati cuba untuk bersihkan apa yang patut..memang menguji fizikal dan mental le jugk..encik somi bertukar menjadi mr pilot membawa mesin rumputnya ..yang aku dengan parang..kerja-kerja pun bermula.. 

ahhhh..hampasnye pacat..banyak jugak le aku kena gigit ngan dia..abis darah aku kau sedut ye..bebrisa nya sehingga kini masih tersa..gatal-gatal kaki dan badan aku ni dibuatnya..cam takut dah nak masuk kebun..hahhaha..peh ni kene standby peralatan tambahan dan safety..pakai boot tinggi,stokin panjang,sarung tangan panjang..tutup habis..sembur baygon ke apa yang patut..tunggu kau pacat..ko tungu je.

progress setakat hari pertama..mesin pun banyak ragam..sangkut dek rumput lalang yang panjang

tengok pokok pisang tu hidup segar bugar..pak mentua aku tolong tanam..dia geram tengok tanah kosong ja..dia pun tanam la..iolls ok je..ade rezeki amik ajele..nikmat dikongsi bersama

kat sini mak mertua aku tanam cili dan serai..hari tu ade le sikit cilinye..bagi le dia kutip..tengok pokok pun dah cam nak layu je..hmmm..kene tambah baik semula ni

pokok rambutan..ni pun dah hampir macam nak terkulai,perlu selenggara..baja ..mak aku ade beli benih hari tu masa kitorang wat operasi pembersihan..sempatla dia menanam pokok yang dibeli kat pasar pagi Ijok..anatar yang dibeli dan ditanam ialah rambutan,durian belanda dan durian D24..kat kebun ni dah ade beberapa batang pkok durian yang telahpun mengeluarkan hasilnya musim lalu..sedap isi buah durian sini..selain tu ade jugak pokok cempedak dan langsat..In sha Allah nanti tanam lagi..next projek may be nak buat pondok or pagar..mudahan..

sampai sini je yang mampu aku dan en somi siapkan..part ni je lum habis clear..disebabkan kekangan masa ,cuaca peraltan dan tenaga.ianya tak dapat disempurnakan sengan baik.. mudahan niat nak usahakan tanah ni akan tercapai..itu je yang mampu aku bantu..nak bantu dari segi kewangan memang kurang..in shaa allah akan memberi semula hasil yang ada kepada tuan empunya kebun..only god know n may Allah ease everything.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya