Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

Walaupun asal dari Sungkai nak singgah tu tak menyempat langsung..asyik le full.. lalu tengok ajele bile dah nampak kereta pun parking sampai ke jalan..Cuma baru ni nasib kitorang baik,dapat jugak merasa makan kat sana.. tu pun sebab kitorang kua awal,sebelum balik ke Taiping singgah dulu sini..masa tu dalam kul 11 kedai pun abru operasi kul 10 gitu..kire waktu ni lum busy lagi la..
Selain keistimewaan nasi dalam buluh tu menu kat sini adalah berasaskan masakan kampung..pelbagai lauk ada dari yang bakar,gulai hingga ke goreng..ulaman dan sambal pun menarik hati..kerabu pun ade 3-4 jenis..pendek kata bila pi situ,rambang mata nak makan..tu nak ini nak semua nak la..ko sanggup bayar dan perabis takpele..amik je sume..
 Memandangkan firts time masuk kedai ni..jadi cam blur gak..style dia camner..nampak orang bertaur kat bahagian nasi..laki aku pun pi le beratur situ..oder nasi buluh tu dalam 4 ketul..dah settle oder nasi..aku dan dia pi bahagian lauk pulak..disebabkan anak-anak aku ni jenis minat makan ayam je..so oder le ayam bakar..kat situ ikan dan daging bakar pun ada..grrr..sedapnya..sume nak aih..pilih le ape yang kome suke
 sambal pencicah ikan/daging/ayam bakar turut disediakan...amik je yang mana suke..
nah..makanan tradisi orang Perak..rendang tok..bagi yang tak pernah rasa leh la try rasa..rasa bayar tau..
tuu dia..siapa nak awet muda meh makan ulaman ni..pelbagai ulaman disediakan..cicah ngan sambal tempoyak ke atau sambal belacan mau bertambah nasi ni weh..hilang diet
untuk makluman..kat sini dorang dah hidang siap kat pinggan/piring..termasukle lauk,sup atau gulai..ini unutk memudah dan mempercepatkan pengambilan makanan..iyele..kedai sentiasa ramai orang..save time la..tp ikutle kome nak amik yang tu atau nak mintak dia tuang yang baru
 humang aih..gulai kawah...merecik nok...  
 
 ni stesen ABC dan Cendol..sape yang nak kesegaran nikmatilah ais di sini..aku pun tak try lagi..suatu hari nanti mesti try jugak..Untuk yang nak oder air ade stesen lain pulak untuk part air..air balang disediakan seperti kelapa,teh o, sirap dan lain-lain..Nak air panas kat part lain kot..banyak gerai kat sini..tapi puas hati le..macam-macam ada
inilah dia nasi buluh yang dibalut dengan daun apa tak pasti..hahahha..menu yang kitorang amik hari tu cuma ayam bakar,ulaman dan sup tulang..yele makan dengan bebudak menu pun ikut selera dorang le..Next time kita try menu lain pulak seperti patin tempoyak..perhhhhhhhhh
Kalau korang nak pi elok awal antara kul 10-11 dan petang 5-6..ehhehe..waktu awal dan nak tutup operasi.. if kul 12 tu confirm ramai dah..kedai ni mula kul 10 pagi hingga 6 petang..awat la tak lanjut sampai malam..untung manyak oo..Oh ya,kat sini ade bilik makan besar juga..tapi kene tempah le sape yang nak book.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters