Menara Condong Teluk Intan, Perak
Hai semua..jom teruskan dengan edisi jenjalan bagi memenuhi MEMORI FD ni..Kali ni kita masih jelajah di negeri Perak. Moh panjat menara condong pulak. Ianya takde la tinggi mana. Cuma unitnya fizikalnya yang condong dan menyerupai Menara Pisa, Itali. Ketinggian menara ni dalam 25 meter berbanding Menara Pisa 55 meter.
Menara ni menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. So dalam Visit Perak 2017, ini adalah salah satu destinasi tarikan pelancong di bumi bertuah ini.
Berdasarkan replika buku ni, Menara Condong ni dibina pada tahun 1885 oleh Leon Choon Chong. Dah 132 tahun usianya tetapi masih kukuh berdiri walaupun condong☺. Asalnya menara ni tempat bekalan tangki air jika berlaku kemarau atau kebakaran di bandar tersebut. Juga menjadi penanda ara bagi kapal yang berlabuh di Pelabuhan Teluk Anson suatu masa dahulu.
Waktu lawatan dari jam 8 pagi hingga 5 petang bagi hari biasa dan cuti am/hujung minggu 9 pagi-6 petang.Masuk percuma je.
Menara ini hanya mempunyai 3 tingkat. Terdapat 110 buah anak tangga..takde la penat sangat pun nak naik.Cuma agak sempit la.Kalau ramai pelancong, make sure kome jangan nak berimpt naik sekali. Haru kang. Panas!
My family di hadapan Menara Condong.Sorang lagi my boboy nyorok depan me..tak nak bergambar pulak dia ni heh. Secara jujur, menara ni simple je,tak banyak nak explore.Tak samapi 15 minit weoll dok kat situ.ahahhah..
Comments