Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Sebelum ni aku pernah duduk kat Ipoh masa zaman belajar dulu. Selama tu tak de la nak pergi masuk kawasan Gunung Lang ni pun..dan sehingga dah dewasa bekeluarga ni belum ada rasa nak explore kawasan tu. Akhirnya pada 27 Februari yang lalu sempat jugak le menyinggah kat Gunung Lang ni. Itu pun cam nak ke tak nak je memula.
Kebetulan masa gi Ipoh hari tu atas urusan rumah. Memandangkan rumah tu pun tak jauh dengan Gunung Lang, so ambillah kesempatan yang ada untuk bawa bebudak jalan-jalan kat dalam tu.
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.-wikipedia
Actually masa masuk kawasan ni kitorang takdela explore sangat pun. Just ronda naik bot, berhenti kat seberang tasik. Jalan sikit sambil bagi ikan makan then tunggu bot..balik. Tiket naik bot murah je dalam RM3. Apa yang aku dapat tahu kat dalam ni ada air terjun buatan, menara peninjau, taman permainan kanak-kanak, mini zoo dan pemandangan semulajadi. Rugi tak explore habis masa tu..hehhee.. dah penat kot ditambah time tu hari mau ujan daa.
Takpe, nanti dah jadi warga Ipoh nak gi hari-hari pun takpa kan..kan..kan..
Comments