'Menyendol' di Markonah Food & Co
Mula tahu pasal cendol kat kedai masa ternampak kat Forum Cari. Aku antara pembaca setia FC ni. Terutama bab gosip retis dan explorasa. Sekali satu hari tu ade le kuar gambar cendol durian ni.Wahh..tengok gambar je dah rasa craving. Maka lepas tu akupun wassap le encik suami. Because i know dia ni penggemar durian, apa lagi plan la nak gi bila.
Alkisahnya, hari sabtu baru ni..selepas acara konvoi basikal pagi..petangnya aku and famili gi Markonah Food & Co. Cuaca panas terik petang-petang ni, dapat pula makan cendol atau ABC..fuhh memang ohsem la kan.Sesampai je kat Anjung Seksyen 7, Shah Alam tercari jugak kat mana kedai ni..coz tak nampak pun signboard Markonah ni.Aroma masakan dari kedai lain menusuk ke lubang hidungku..hmmm..cam sedap je nampak gayanya restoran Bisik Bisik ni. Ok,itu next plan ya. Then kitorang tanya, kat pekerja kedai Bisik2 ni, rupanya Markonah dok dekat tingkat bawah..alahai tersorok pulak..Bila dah terjah ke bawah..umang aihh..ramai gak orang..nasib tak lama tu ada tempat kosong.
Mai sini semata-mata nak rasa cendol durian je. So, oder le 2 mangkuk untuk aku and husband. Pada aku banyak la portion dia. Isi dalam tu ada pulut,jagung,kacang merah dan 2 ulas durian. Untuk anak-anak pula dorang share makan ABC gunung everest ke pe tah.. tu pun tak habis..nasib tak oder lebih. Makan sampingan lain just oder satay untuk si sulong yang merajuk tak suka bau durian.hahahhaha..Dia memang anti-durian.
Comments