Kali Ke-2 Sambut Wedding Anniversary Di Gold Coast Morib, Banting
4 tahun dulu aku pernah celebrate anniversary kitorang yang ke- 6 kat sini..masa tu beli voucher dari MyDeal. Kali ni setelah beberapa kali asyik tertunda and takde tarikh yang sesuai, akhirnya menjadi jugak plan. Nampaknya tarikh yang sesuai 17 Februari 2017 tu memang kene timing ngan Wedding Anniversary kitorang yang ke-10. Kiranya ni celebrate wedding and birthday anak all in 1 kekdahnya. Anak yang sulong Januari, 2nd-Mac (sekali birthday husband),3rd-Disember and 4th-Februari. Berderet2 kan birthday. That y kena sekaligus..jimat sikit..hahahha.
Untuk makluman baucer ke GCMB ni aku beli masa ada pameran MATTA kat PWTC tahun lepas. Dapatla harga dalam RM150 untuk studio room+2 breakfast+ticket waterpark. Ok la tu kan. Asalkan puas hati dapat enjoy kan bebudak dan luang masa bersama.
Bilik..weoll combine je katil tu..kitorang siap bawa toto extra and bantal kecil..boleh le bebudak tido sambil lapik selimut tebal..
dapat bilik hujung ngadap laut..sebelum ni ngadap pool..boleh la..lapang jugak balkoni yang hujung ni..boleh tampung orang lagi yang nak tido kat luar tu..huhuuh
ade jakuzi..lepas berendam kat pool, berendam kat dalam ni pulak..mandi buih bebudak ni
view kolam dan bilik-bilik berdekatan
yey..sesi berendam..tengok tu papa nye pun nak nyelit jugak kat buai air tu...ishhh..ishhh
seronok main gelongsor air ni...laju je luncur..mak nye lak over jerit aih
antara outdoor game yang ade untuk bebudak..kereta letrik..kena bayar ye nak naik
choo choo train..naik ni sorang RM5..5 pusingan sajorkk..
aktiviti pantai..flying fox
bayaran untuk high rope and flying fox
main pasir..lembut and halus je pepasir kat sini..tu bebudak sedap kuis2 kaki..
kuda pun ade..lupa dah berapa cajnye..pusing-pusing kat situ saja
bola tampar pantai..ni kalau buat family day ke team building ok la..leh main
ok..dah..tu je nak share...percutian yang dekat dan yang penting enjoy.
Comments