Friday, February 01, 2013

# Orang Gomen

TPM kata ada berita gembira buat kakitangan awam.Apa dia?

Apa pulak berita yang nak dikhabarkan oleh TPM kite ni nanti ye..adakah pasal kenaikan gaji untuk pekerja yang dah samapi gaji tahap langgar dinding/gaji mati?adakah elaun perumahan naik?atau apa2 aje???tunggu jele sebelum pilihanraya ni segala berita gumbira kekdahnya..if ada 'untung' alhamdulillah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.-sinarharian

No comments: