Kaji Semula Elaun Penjawat Awam

9:00 am


Orang kata aura PRU..macam2 benda nak dikaji dan dibagi
Kita memang suka wat kajian..dari dulu,kini dan selamanya kot
Keputusannya lepas ni..senyap@ada pembaharuan@berkurangan@naik?Tungguuu...............

Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu.
"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini hari ini.-Bernama

You Might Also Like

0 omelan