Ahli Keluarga Yang Hilang

10:33 am


Dulu kita ada seorang ahli keluarga. Seorang lelaki. Namanya Mohd Najib. Dia telah kembali ke rahmatullah pada penghujung Disember 1980. (Kalau tak silap) sebab masa tu akak darjah enam. Mengikut laporan doktor kematiannya kerana sawan tangis. 

Kalau kauorang tengok cerita Ahmad Albab macam tulah keadaan dia sebulan sebelum meninggal..Hampir setiap malam menangis bermula pukul 12 sampai la ke pukul 3 ke 4 pagi. Setiap malam ayah dan mak berjaga malam kerana dia kena didukung dan kalau tidur atas riba. sampai jiran-jiranpun susah hati setiap malam mendengar tangisannya. Ada juga mereka yg kesian dtg tengok. Bermacam-macam cadangan untuk mengubatinya. Bawa ke klinik, doktor kata tak sakit ,maka bomoh/dukun/pawang dan seumpama dicari untuk megubatinya. Rasanya kalau kt trolak habis semua ayah dah pergi minta ubat...

Mak n ayah sampai cengkung kerana berjaga malam. Bayangkanlah hampir sebulan tidur tak menentu. Bergilir-gilirlah ayah dan mak menjaga dia. Kadang-kadang ayah kejut suruh kak jaga pula sebab dia kesian tengok mak yg dah penat berjaga. Dulu kita ada buaian besi (Ayah dari dulu memang minat buai besi), diatas buaian itulah kita orang duduk sambil riba dia.

Setelah usaha mengubatinya di trolak tak berjaya maka pada cuti sekolah akhir tahun mak n adik beradik yg ada masa tu pulanglah ke kampung. Usaha mengubatinya diteruskan di kampung pula. Kitaorang yg kecil-kecil masa tu seronok je le dpt balik kg....Tapi masih tidak berjaya mengubatinya.

Sehinggalah pada suatu petang dia menangis semakin teruk sampai mak n tokpun turut menangis. Org kg yg dtg melawat menasihatkan bawa ke hospital saja. Dia dimasukkan ke wad kanak-kanak hospital Taiping selama 2 hari. Semasa dihospital bapa saudara mak To Ayah Hj Ismail n Hj Lodin selalu melawatnya kerana rumah mereka yg hampir ngan pekan Taiping.

Malangnya pada waktu subuh dia menghembuskan nafas terakhirnya....

Malangnya lagi ayah tidak dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir kerana masa ayah nk balik ke kg. hujan sangat lebat dan pekan Batu Kurau telah banjir. Menurut pak Long Bakar(pak sedara) ayah sangat sedih dan menangis selepas balik dari kubur. Tapi mak kata tak apa sebab ayah dah berusaha dan hampir setiap malam selama lebih kurang sebulan ayah telah menjaganya tanpa keluh kesah...

Mak sangat sedih, tambahan arwah masih menyusu.. ari ari nangis sambil perah susu, tengok baju lagi sedih, yg sedih, masa ayah,abang n pak min (pak sedara) lik trolak jap utk ambil sawit, dia pandang jee, macam dia tau akan meniggalkan keluarga, ramai yg sedih dan menangis .semoga arwah dapa memberi syafaat kepd mak dan ayah diakhirat nanti..Allah lebih sayangkan dia dan pinjamkan dia kepada kita untuk seketika..

You Might Also Like

0 omelan