Warga kastam dapat durian runtuh..syokk yer


PUTRAJAYA - Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding tahun 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan.

"Keputusan yang dibuat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan memberi semangat kepada 12,500 warga kerja kastam untuk mencapai sasaran RM34 bilion tahun ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ahmad Husni yang ditemui selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-13, berkata, insentif khas itu akan diberi minggu ini.

Pada tahun lepas, kerajaan memberi insentif khas kepada warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas berjaya mengutip RM109.674 bilion pada 2011 iaitu meningkat 26.79 peratus atau RM23.175 bilion berbanding tahun 2010.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad yakin insentif khas berkenaan akan memberi motivasi dan rangsangan kepada warga kastam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan dan kepekaan memberikan setengah bulan gaji sebagai insentif khas untuk tahun ini sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab kita," katanya. - Bernama



Hakcipta terpelihara

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya