Friday, January 18, 2013

# Orang Gomen

Elaun Tetap Perumahan Naik RM480?


MELAKA 17 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu."Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.
-Mintak dan mintak lagi...tapi banyak lagi isu lain yang lum selesai..hal elaun wilayah la..COLA la..SBPA..skim perkhidmatan/gred.

-aku suke ayat tak leh blah ni.sikit-sikit "kenaikan ini akan meningkatkan mutu/kualiti perkhidmatan"..haiyoo..depend pada diri memasingla..gaji dah naik pun ade gak yang masih di tahap 'kurang disiplin'..nawaitu tu yang penting..baru rezeki tu bertambah..

-Kalau yang RM180 naik hingga ke RM480..yang ETP gred pegawai atasan tu lagu mana..lagi tinggi le gamaknya

-Ok naik jele..tak bankrap pun negara kalau semua bergaji tinggi sikit..last nati kuar untuk cukai dan perbelanjaan utk ekonomi negara jugak..ye dak.alhamdulillah kalu dapat..dah 5 tahun da katenye dok mintak ETP ni..

1 comment:

Penjejak Mimpi said...

Kalo kita yg kuli ni naik ETP tu sikit... bos2 apatah lagi.. mencanak2 la naiknye ...