Luahan Hati..Aku dan Tempat Baru..
Masing-masing dah mood raya..aku ni sebenarnya cam malas je nak buat entri ucap selamat..tengok sume orang wat.Tapi kat sini aku nak berkongsi cerita dengan korang yang sudi mendengarnya.
Tempat Baru
Actually macam-macam benda bersarang dalam otak aku.Dan dengan ini juga aku nak maklumkan bahawa aku sudah pun melaporkan diri di Jabatan baru.sebenarnya memang tak sangka tetiba dapat kol dari JPA mintak amik surat pertukaran.Masa terima kol tu memang terkejut sangat dan tak percaya..dan aku siap tanya kat orang yang kol tu bila aku mintak sebab aku memang takde follow up ape2 ,takde berharap dan memang tak ingat ape dah.Then aku tanya orang tu betul ke nama aku tu kot silap orang ke..dia kata betullah dan cakap aku penah mohon 2010.Haiya..bende dah berkurun aku ingatkan takde apa2 dah..rupenye JPA teruskan jugak.Secara rasminya dimaklumkan jugak aku telah pun melapor diri pada 13 Ogos baru ni kat Jabatan Perdana Menteri.
Dan Sebenarnya...
Time terima berita tu hati berbelah bahagi,macam-macam perasaan ada.Adakah ini rezeki dari Nya untuk aku menambah ilmu dan pengalaman.Adakah selama ini rintihan hati dan doa aku dimakbulkan..yela banyak sangat kisah suka duka kat sini..kadang ada yang mencabar perasaan dan kesabaran.Namun dalam kegembiraan 'melarikan' diri dari sini,ada juga kesedihan yang bertandang.Sedih juga untuk meninggalkan kawan-kawan dan kenangan manis di sini.
Dan yang agak menggangu fikiran..tugasan baru aku nanti lebih memerlukan aku berada di luar kawasan.Audit.Dengarnya setiap bulan aku kene keluar pergi wat audit.Aku dah luahkan kepada suami aku,memang dia agak berat nak terima kenyataan ini,memikirkan anak-anak nanti bagaimana,sebagai ibu dah pasti naluri aku lebih kuat mengingatkan mereka,tapi dalam masa yang sama aku terikat dengan tanggungjawab sebagai pekerja.Ini lah sumber rezeki aku selama ni dan demi masa depan anak-anak aku juga.Aku tak tahu apa jawapan sebenarnya kepada keputusan pertukaran ni.Kadang kala hidup memerlukan pengorbanan.Aku terpaksa tepikan perasaan 'berat hati' itu buat sementara waktu sehingga sampai masanya.Demi anak-anak jugak lah aku dan husband kene kuatkan hati,kalau faktor kewangan kukuh aku rela saja berhenti kerja,dari dulu lagi aku fikir cam nak berhenti.Tapi sekarang ni keadaan tak mengizinkan aku buat keputusan sebegitu.Segalanya memerlukan duit.Lain la aku ni hartawan ke jutawan.Tak payah nak fikir banyak,settle segala hutang bagai,dah lepak umah jaga nak ja.Then bagi pendidikan secukupnya kat dorang.Duit sume tu kan.
Aku berserah padaNya,dia yang Maha Mengetahui segala isi hati ini..segala yang berlaku selama ini..segala suka duka..segala keperitan..keikhlasan dan kejujuran..selama ini.DIA juga yang menentukan baik buruknya sesuatu..dan kepada DIA aku bermohon agar ditetapkan hati,kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam diri ini menempuh segala cabaran mendatang.
Aku sayang semuanya!!Kepada Suami dan anak-anak aku akan kuhargai segala pengorbanan yang diberikan.Kasih sayang dan rindu aku makin dalam untuk kamu semua.Kepada kawan-kawan terima kasih atas segala bantuan, sokongan dan kesudian menjadi pendengar setia.
Comments
harap-harap ini yang terbaik :)
beb.. tak sempat aku nak jumpa kau..
miss u.. huhu..
selamat b'tugas di tempat baru.
amboi cuti awai dh ka..
xpele xjumpe..ukan jauh pn..nt nxt wk aq de lg..lum start tugs lg la tmpt baru..ishh..apepun tq
dyh ingat berita pertukaran ialah berita happy,jab perdana menteri pulak tu! tapi bila FD aka danisha kata pikirkan hal anak2..gulp...
dayah pun paham..
serba salah ibu bekerja cam kita-kita nih..apa2pun good luck ditempat baru ek..
slamat ke tempat baru, insyaallah pasti ade kebaikannya