Friday, August 31, 2012

# Corat Coret # memori

Hari Terakhir

BAC..in memories

Semalam 30 Ogos 2012 hari terkahir aku berada di Bhgn.Analisa Cukai,Kem.Kewangan Malaysia.
kerjaku..tinggal kenangan...
Tiada apa nak diluahkan,sekadar memohon maaf kepada rakan-rakan yang membaca jika selama ini aku banyak buat kesilapan mahupun ada kata-kata yang mengguris hati dan perasaan kalian.Kepada sahabat yang tak sempat aku jumpa,maafkan aku..kalau boleh nak jumpa semua tapi agak kepenatan sebenarnya..baru jumpa berapa orang aku dah terasa mengah nye weh nak jalan.Semalam aku agak 'slow' sebab kurang tidur dan juga sakit belakang..agak terbatas sikit pergerakan walaupun cuba ditahan kesakitan itu.kandungan dah membesar macam-macam le.Yang mana sempat je le aku jumpa.Maafkan aku ya.E-mel pengganti diri untuk semua.

Semoga kalian sukses selalu.Walaupun dah keluar dari MOF,BAC masih di hati.FB,tweeter,G+,e-mel bagai tetap menghubungkan kita.

Jumpa lagi !wassalam

Pertemuan dan perpisahan Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. 
Berdoalah kita agar aman dan sentosa, 
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

No comments: