Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Dan Bonus Tambahan 'Simpanan Selangorku'


SHAH ALAM,26 JULAI : Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata , Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan.
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya hari ini.
Abdul Khalid berkata dengan pemberian bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan,” kata Abdul Khalid.

Comments

Hidayah said…
fuhh..untung org2 gomen nih...
rezeki bulan ramadhan..
:)

sana sini bonus..
nasib pekerja swasta takde saper ambik kisah..

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya