Thursday, April 19, 2012

# Perak Negeriku

Keputeraan Sultan Perak Ke-83

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAHD.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P 

Hari ni 19 April bagi warga Perak mesti tau kan hari ni adalah cuti negeri sempena Keputeraan Sultan Perak. Sekrang dah masuk 83 tahun usia tuanku.

Kebiasaannya, rakyat Perak disaran mengibarkan bendera Perak di premis masing-masing dan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakat pada hari berkenaan bagi meraikan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Azlan.

Berikut sedikit biodata Ringkas Sultan Perak: 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku  telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata. 
D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.

No comments: