Wednesday, April 04, 2012

# Orang Gomen

Keranamu 5S..siap ade Rumah Terbuka

Jangan ingat time raya je ade open house.Disebabkan ofis aku ni akan menghadapi audit
pembaharuan persijilan 2012 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada bulan Jun 2012. Maka pelbagai program diadakan,.Dalam persediaan ke arah pembaharuan persijilan tersebut, pihak Urusetia Induk 5S Perbendaharaan Malaysia telah merancang melaksanakan beberapa program. Program utama yang akan dilaksanakan adalah Majlis Pelancaran Gerak Kerja Ke Arah Pembaharuan Persijilan 2012 dan Majlis Rumah Terbuka 5S Perbendaharaan Malaysia.


Pagi tadi berlangsungnya Gerak Kerja 5S then diikuti oleh lawatan ke rumah terbuka setiap bahagian.Setiap Bahagian adalah digalakkan untuk membuat promosi Bahagian masing-masing untuk menggalakkan warga kerja Bahagian lain berkunjung ke Bahagian mereka dengan menyediakan banner, hebahan melalui siaraya atau email, penyediaan door gift dan sebagainya.


Majlis Rumah Terbuka 5S Perbendaharaan Malaysia bertujuan memberi peluang kepada Bahagian-bahagian mempamerkan aktiviti/ program-program yang telah dilaksanakan di Bahagian masing- masing di samping melihat kreativiti Bahagian-bahagian lain dalam melaksanakan Amalan 5S.


Baguskan..hehehhe..pakat melawat la..jgi bahagian lain nampak cantik je..hope takde le orang mai bahagian aku..takde wat pe pun..malas tul ngan 5S ni..tensennnnn!

No comments: