Penjara Pudu Dalam Kenangan

Detik 10 malam tadi (21.6.2010), tembok Penjara Pudu yang berusia 100 tahun,setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter telah dirobohkan.Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Kedudukannya dalam kawasan segi tiga emas Bukit Bintang dan kesesakan arus lalu lintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.Harga sebuah sejarah dihapuskan demi sebuah pembangunan. Generasi akan datang tidak akan kenal lagi penjara pudu sebagaimana mereka dapat mengenali peninggalan lain generasi terdahulu. Penjara berusia lebih seratus tahun ini pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri. Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.Namun kini sudah tidak bererti lagi. Seumpama fenomena pula sekarang ni semua benda nak di'hilangkan'.Pembangunan yang difokuskan tak sepatutnya mengabaikan nilai wariian yang ada. Apa salahnya dikekalkan sebagai bahan sejarah.Parlimen, Istana Negara, Pudu, Kg.Baru.........Apa lagi yang nak dibanggakan!Nilai komersial lebih besar dari nilai sejarah..!

Comments

Sang Harima said…
Haha.. Malaysia kan.. Memang macam tu,nak buat macam mana.

dekat UK, ada jugak satu penjara usang di tengah kota. Tapi takdelah nak dirobohkan.

info yang bagus! Gua tak pernah pergi lagi.

Oh ya, malam sebelum tu tak silap Hishamudin Rais ada baca sajak depan situ.
ftdanisha said…
Tak tahule ape nk jadi kan...oho bc sjk le pulk..ape kes nye nk bsajak dpn pnjara tu..

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters