Mandi Manda Di Hot Springs, Sg.Klah,Sungkai




Hari minggu baru ni 25 Oktober 2015,aku pergi ke Sg Klah Hot Spring yang terletak di Sungkai, Perak dengan My Husband and anak-anak serta adik ipar ... Kami bertolak dari rumah mak aku di Trolak..so far perjalanan dari situ takdelah jauh mana kan..

Bagi yang memandu ikut highway dari arah utara atau selatan anda boleh keluar ikut tol Sungkai, belok kiri diikuti papan tanda , yang ikut jalan lama dari utara cam biasa follow je papan tanda hingga melepasi pekan sungkai dan ambil simpang ke sungai klah..dan seterusnya memandu untuk ke destinasi dalam 15 minit gitu..

Selepas letak kereta, sila ke kaunter untuk membeli tiket ... Dewasa: RM15/ kanak-kanak: RM12..harga pun dah naik..dah bayar, wat pemeriksaan dan sambil tu kakitangan pakaikan tag di pergelangan tangan anda ...Selepas itu, if rajin nak jalan kaki silakan,cam aku yang sedang membawa kandungan ni of course lah akan pilih naik tram yang sedai menunggu untuk hantar pelawat ke destinasi..naik je takde bayaran pun..


Yey..time untuk jalan sekitar kolam air panas..kelihatan ada yang merebus telur..Tapi anak-anak lebih teruja untuk gi terjah kolam air sejuk dulu..See papa dia lebih!"Jom g main gelongsor nak..tak bestla main kat tepi kolam je"said papa. bebudak "boleh la..boleh la..tapi papa gendong ye"

 Ni ruang untuk orang dewasa..dalam sikit la banding yang ada gelongsor tu..see line merah putih tu..pemisah la konon,,if nak bawa anak mandi kat sini make sure korang jaga budak tu..kat kolam lain pun jangan ada yang memanjat,kang tak pasal kene wisel dek security yang jaga pool tu..
Eh laki aq ni selfie2 lak.. aku lebih kepada pemerhati..duduk sanati tepi kolam..makan..makan..makan..beli ais krim kon tu RM2 sebatang..masyuk makcik jual ais krim tu..Kat sini korang tak leh bawa makan if ikut arahan kat papan tanda..tapi aku bawa gak sorok-sorok..Ala ikut logik gak..dah la msuk citu bayaran pun dah naik harganya..then nak kene kua duit lagi untuk makan minum..mau nye harga pun up..bajet pun bukannya banyak bagi rakyat marhain cam kita ni..camne nak galakkan warga Malaysia melancong kat tempatan if sume benda nak di caj..Ni pun aku sebagai anak FELDA suport keluaran pealncongan FELDA..patut dapat le harga diskaun kan...ishhh..ishhh..takpele
Dah puas mandi time to back la..before tu singgah jap kat kolam air panas..merendam kaki..
sambil tu gi kat tempat merebus telur
ni gerai jual telur..harga seperti di bawah siap kicap per mangkuk:
-telur ayam 6 biji=RM5
-30 biji=RM20
nak tambahan:
-mangkuk polistrin=RM0.20/bowl.
-soya sauce=RM0.20
Tempoh merebus telur
time untuk merebus..paneh ooo..kitorang wat sekejap je..separuh masak..then makan ngan kicap..

ok takat tu je aktiviti mandi manda..lepas habis out dari hot springs ingat nak singgah makan kta nasi bamboo tepi jalan tu..sekali penuh dow...kempunan la lagi..Nampak cam sedap

Comments

Izwa Kamaruddin said…
satu hari nanti nak kesini jugak lah.

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters