Kenyataan Media Isu Pemberhentian Pinjaman Perumahan Kepada Penjawat Awam

Kementerian Kewangan merujuk kepada kenyataan stesen tv online Astro Awani yang menyatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara adalah tidak benar. Kementerian Kewangan amat kesal kerana kenyataan tersebut disiarkan tanpa merujuk kepada pihak Kementerian terlebih dahulu. Malah, kerajaan akan menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada. KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PUTRAJAYA 8 JULAI 2015

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya