Thursday, July 18, 2013

# Orang Gomen

Bonus Aidilfitri: Selangor ikut kerajaan pusat


Pemberian bonus raya bagi penjawat awam di Selangor bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Untuk perkhidmatan awam, kita akan menunggu kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengumuman bonus raya.“Jika berlaku, kerajaan negeri akan bersama-sama memberikan bonus raya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.
Menurutnya, kadar pemberian bonus tersebut sama ada sebulan gaji atau setengah bulan gaji juga bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, namun kakitangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Selangor bakal menerima sebulan gaji.

1 comment:

Hidayah said...

syok org gomen dapat bonus tu nanti..
dah tetiap tahun ada takkan tahun nih takde ye dak..

:)