Bonus Aidilfitri belum dibincang.KGT dah bagi


Harapan..Ramai yang mengharapkan kerajaan bagi bonus
Kerajaan belum membincangkan mengenai bonus kakitangan awam sempena Aidilfitri bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Tapi bila dibaca lagi sekali kenyataan KSN ni cam ada tak ada ja
Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus. 
Ali berkata, kerajaan perlu melihat sama ada isu bonus terlalu awal untuk dibincangkan kerana kerajaan sudah memperuntukkan RM2 bilion untuk KGT pada tahun ini.

“Selain itu, bulan ini kita menyemak semula enam skim (perkhidmatan awam) dan 81 lagi pada November. Ini membabitkan perbelanjaan dan semuanya adalah demi kepentingan kakitangan awam,” katanya. 
Korang rasa how? Kalau sekarang tak dak..hujung tahun after bajet bentang ada kot gamaknya..Sila lah berjimat ye raya ni.Guna KGT tambahan RM95 (utk aku) tu baik2 ye.Berhemah!

Comments

Zee Zai said…
tima jew rezeki yg ader....alhamdulillah jika dberi jua hehe

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya