mula dah sesak

Pagi yang redup ini...sekali lagi Putrajaya dihujani dengan kenderaan yang mungkin kebanyakkan dari luar kawasan yang hadir untuk satu karnival iaitu Karnival Usahawan desa (KUD)..lihatlah deretan kenderaan disebelah lorong menghala ke Tapak Karnival..ni gambar diambil dari dalam ofis aku yerk...pergh nasib jem tadi tak melalui waktu aku gi keje tadi..

Karnival Usahawan Desa (KUD)  diadakan pada 21-25 September 2011 bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak..hari ni le ye..tu sebab ramai bebenor yang 'menghadirkan' diri pagi ni.

Pelbagai acara akan diadakan disamping memperkenal industri usahawan kecil ke peringkat yang lebih tinggi..seramai 500 usahawan menyertai acara ini dengan pelbagai kategori seperti produk makanan,kraftangan,perkhidmatan dan herba.

Antara acara yang diadakan persembahan permainan tradisonal seperti wau,gasing dll.turut diadakan persembahan kebudayaan,artis,demo masakan,autoshow,fesyen dan jualan pelbagai produk.Bagi yang berkesempatan silalah hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya