Wednesday, May 11, 2011

# Orang Gomen

CEUPACS-PTK & Gaji, Elaun

PTK

CUEPACS pada dasarnya berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan penilaian tahap kecekapan (PTK) menggunakan konsep 360 darjah yang diperjelaskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru. 

Gaji & Elaun
akan bincang semula isu pelarasan gaji, Elaun Sara Hidup (COLA) dan elaun perumahan pada mesyuarat kesatuan di Lumut, Perak pada 26 dan 27 Mei ini bagi menentukan permohonan yang hendak dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain, CUEPACS meminta kerajaan mengkaji kenaikan
elaun perumahan sedia ada, terutama bagi kakitangan gred 1 hingga 40, iaitu daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk kakitangan gred 41 ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.

Bagi COLA pula, kesatuan itu menuntut bayaran sama rata RM300 berbanding amalan sekarang yang mana kakitangan awam di bandar besar dibayar RM300, bandar kecil (RM200), manakala RM100 dibayar kepada mereka di luar bandar.

Dari segi
pelarasan gaji pula, Osman menggesa proses itu disegerakan kerana kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 kakitangan awam rendah bergaji kurang RM2,000 sebulan dilaporkan terpaksa membuat kerja kedua atau kerja sampingan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

Omar berkata, semua perkara itu akan dibincang pada peringkat CUEPACS terlebih dulu akhir bulan ini sebelum dipanjangkan kepada Perdana Menteri, seboleh-bolehnya dalam bulan ini juga sempena sambutan Bulan Pekerja.


rangkuman ringkas ni aku petik dr BH

3 comments:

Fitri Senin said...

takpe..tak kira la apa pun alasan yang diberikan oleh mereka2 ini..kita tunggu dan lihat saja

abglan said...

nantikan kezutannya.. he he he

bunga said...

tungguuu..