Lama Menanti Vaksin Pertama


Setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat notifikasi daripada MySejahtera. Panggilan untuk mevaksinkan diri dose pertama di Stadium Indera Mulia, Ipoh @6/7/2021 jam 9.00 pagi.

Rasa gembira sebab dah lama menanti dan hari-hari update juga semak. Mula daftar 23/2/2021, agak lama la nak menanti giliran tu. Aku sentiasa kemaskini, memandangkan status yang sedang mengandung. Risiko untuk ibu mengandung sekarang ni agak tinggi. Memang berharap la sekurangnya ada perlindungan. Kita ikhtiar kepada Dia jua kita berserah. Masa inject ni kandungan dah 15 minggu. Bagi ibu mengandung usia 14 minggu ke atas dah boleh terima vaksin. Jenis vaksin yang diterima adalah Sinovac. Okla, terima je apa yang diberi.

So far selepas divaksin, takde la efek teruk sangat. Hari pertama selepas balik vaksin rasa mengantuk sangat dan selera makan bertambah. Keje nak makan aje. Lapar semedang. Dari segi kesan lain,hanya hari kedua dan ketiga rasa demam on off serta sakit badan. Selepas itu ok dah.

Selesai dose 1, temujanji berikutnya pada 27/7/2021 untuk dose ke-2 di tempat yang sama. Hat ni kita drive thru je. Tunggu next update.

Vaksin tidak menjadikan kita kebal, tetapi membantu mengurangkan kebarangkalian risiko yang lebih serius. Kita masih perlu mengamalkan SOP dan terus amalkan norma baharu.

Comments

Warisan Petani said…
Tahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya