Lengkap Dose Kedua Vaksin


Alhamdulillah, hari ini 27/7/2021 jam 9.00pagi di Stadium Indera Mulia Ipoh, tercatatnya diari vaksin kedua. Maka lengkaplah sudah dose kedua Sinovac.

Kali ni lebih mudah dan cepat. Hanya melalui pandu lalu. Masa diambil cuma setengah jam untuk proses selesai vaksin. Ada 5 point. 

Checkpoint pertama kita kena tunjuk temujanji di MySejahtera, check suhu dan check in. Selesai terus ke point kedua dapat nombor giliran dan semakan kad juga borang persetujuan vaksin. Next station point ketiga, serahkan kad pengenalan, borang persetujuan dan kad vaksin. Then bermulalah suntikan vaksin di sini. Semasa disuntik petugas menerangkan prosedur suntikan dan beliau sempat tanya "tak nak ambil gambar ke?". Disebabkan jarum inject dh melekat kat bahu tu, aku cakap takpalah,lagipun suami ada di sebelah masa suntikan dan penerangan diberi. Dah ada saksi tak perlu la gambar. Ramah petugas tu. Senang berurusan.

Dah selesai suntikan kita beralih ke checkpoint keempat. Di sini adalah ruangan rehat dan pemantauan. Kita diberi masa rehat selama 15 minit. In case ada masalah cuma bunyikan hon untuk bantuan. Dah ok petugas akan bagi arahan untuk bergerak ke checkpoint terakhir iaitu kelima. Pengesahan akhir akan dibuat di sini dan kad panduan dan masa perlu diserahkan semula kepada petugas. Selesai.

Lengkap sudah dose kedua. Tengok kat kemaskini di MySejahtera. Dah dapat sijil. Nanti boleh print dan laminate. Bawa gi mana-mana in case malas nak buka MySejahtera. Dengarnya PM nak umum kelonggaran bagi yang dah lengkap dose. Kita tunggu dan lihat. Walaubagaimanapun, kita masih perlu jaga SOP dan terus amalkan norma baharu. Kes pun makin hari makin mencanak naik. Entah bila kita akan kembali hidup normal seperti dahulu. Doakan baik-baik aje.

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya