Moh Ke Kebun
Minggu lalu aku amik cuti panjang sikit dalam 3 hari cuti rehat + cuti sabtu ahad..so 5 hari la kan..balik kampung husband kat Batu Kurau..memandangkan balik sana dan takda perancangan lain, so aku ajak encik somi pi kebun mak aku di Kg. Pantai Besar..mak ayh aku pun sebenarnya asal dari sana cuma dorang berhijrah ke Sungkai demi mencari rezeki.. Kitorang pun pi la jenguk kebun mak aku tu..perhhh..saujana mata memandang..semak samun subur menghuni tanah kebun ni..last kerja pembersihan kebun ni dilakukan sekitar pertengahan tahun lalu..semasa musim durian...Bak lagu Mr Os..Musim deghoyan banyok sedare mare,Bila nebas, seko tak nampak muke...hehehhe Bile tengok keadaan macam tu..kami dengan rasa hati cuba untuk bersihkan apa yang patut..memang menguji fizikal dan mental le jugk..encik somi bertukar menjadi mr pilot membawa mesin rumputnya ..yang aku dengan parang..kerja-kerja pun bermula.. ahhhh..hampasnye pacat..banyak jugak le aku kena gigit ngan dia..abis darah aku