Wednesday, March 15, 2017

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

March 15, 2017 0 Comments
Sebelum ni aku pernah duduk kat Ipoh masa zaman belajar dulu. Selama tu tak de la nak pergi masuk kawasan Gunung Lang ni pun..dan sehingga dah dewasa bekeluarga ni belum ada rasa nak explore kawasan tu. Akhirnya pada 27 Februari yang lalu sempat jugak le menyinggah kat Gunung Lang ni. Itu pun cam nak ke tak nak je memula.
Kebetulan masa gi Ipoh hari tu atas urusan rumah. Memandangkan rumah tu pun tak jauh dengan Gunung Lang, so ambillah kesempatan yang ada untuk bawa bebudak jalan-jalan kat dalam tu.
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.-wikipedia

Actually masa masuk kawasan ni kitorang takdela explore sangat pun. Just ronda naik bot, berhenti kat seberang tasik. Jalan sikit sambil bagi ikan makan then tunggu bot..balik. Tiket naik bot murah je dalam RM3. Apa yang aku dapat tahu kat dalam ni ada air terjun buatan, menara peninjau, taman permainan kanak-kanak, mini zoo dan pemandangan semulajadi. Rugi tak explore habis masa tu..hehhee.. dah penat kot ditambah time tu hari mau ujan daa. 
Takpe, nanti dah jadi warga Ipoh nak gi hari-hari pun takpa kan..kan..kan..




'Menyendol' di Markonah Food & Co

March 15, 2017 0 Comments
Mula tahu pasal cendol kat kedai masa ternampak kat Forum Cari. Aku antara pembaca setia FC ni. Terutama bab gosip retis dan explorasa. Sekali satu hari tu ade le kuar gambar cendol durian ni.Wahh..tengok gambar je dah rasa craving. Maka lepas tu akupun wassap le encik suami. Because i know dia ni penggemar durian, apa lagi plan la nak gi bila.

Alkisahnya, hari sabtu baru ni..selepas acara konvoi basikal pagi..petangnya aku and famili gi Markonah Food & Co. Cuaca panas terik petang-petang ni, dapat pula makan cendol atau ABC..fuhh memang ohsem la kan.Sesampai je kat Anjung Seksyen 7, Shah Alam tercari jugak kat mana kedai ni..coz tak nampak pun signboard Markonah ni.Aroma masakan dari kedai lain menusuk ke lubang hidungku..hmmm..cam sedap je nampak gayanya restoran Bisik Bisik ni. Ok,itu next plan ya. Then kitorang tanya, kat pekerja kedai Bisik2 ni, rupanya Markonah dok dekat tingkat bawah..alahai tersorok pulak..Bila dah terjah ke bawah..umang aihh..ramai gak orang..nasib tak lama tu ada tempat kosong.


Mai sini semata-mata nak rasa cendol durian je. So, oder le 2 mangkuk untuk aku and husband. Pada aku banyak la portion dia. Isi dalam tu ada pulut,jagung,kacang merah dan 2 ulas durian. Untuk anak-anak pula dorang share makan ABC gunung everest ke pe tah.. tu pun tak habis..nasib tak oder lebih. Makan sampingan lain just oder satay untuk si sulong yang merajuk tak suka bau durian.hahahhaha..Dia memang anti-durian.


Tuesday, March 14, 2017

Konvoi Berbasikal Wanita 2017:Gigih Ke Idok?

March 14, 2017 0 Comments
Tanggal 11 Mac 2017 baru ini aku telah menyertai KONVOI BERBASIKAL WANITA 2017 yang telah diadakan di Presint 3,Putrajaya. Acara ini dianjurkan khas untuk wanita sempena Hari Wanita Sedunia 2017. Kayuhan ini turut disertai oleh VViP , Selebriti & Artis terkenal bersama rakyat Malaysia .#peluang#gigih

Selain bersama mengayuh basikal peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah seperti kereta,tiket pelancongan ke London dan Perth, TV LED, basikal, Iphone dll.Lebih 1000 hadiah ditawarkan. Namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi diri ini. Takpelah yang penting dah dapat medal, sijil dan join acara ni pun dah cukup bagus. #sedihdangembira 
Untuk makluman, konvoi ni telah mencipta satu sejarah terbaru Malaysia Book Of Records (MBOR).Tahniah diucapkan kepada Badan Amal Kasih Ibu penganjur Konvoi Berbasikal Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia 2017 kerana berjaya mengumpulkan penyertaan wanita 1Malaysia seramai 11,412 peserta.yesss..wanita boleh!! #inilahkuasawanita #tumpangbangga
Untuk konvoi yang julung kalinya aku join ni, aku hanya mendaftarkan diri untuk acara kayuhan sejauh 10km sahaja berbanding yang 25km. Pada aku untuk permulaan setelah sekian lama tidak mengayuh itu adalah yang terbaik. Sebab lain, aku juga mula mengayuh dari rumah pepagi buta sesudah subuh yakni jam 6.25am dari Presint 9 hingga ke Presint 3. Jauh jugak tau. Pergi balik dah berapa KM!hah..cer kira..gigeh ke idok?kira dalam 5kmx2 la lebih kurang. So kira-kira 20km jugak le kan kayuhan untuk hari tu. #excited #sayasukasayasuka


Inilah kawan aku si ex-ofismate di Cukai dulu aka blogger deyna. Dia siap bawa anak daranya sekali tau. Gigeh adik ni berkayuh. Me and mama dia escort..kadang tak tentu hala jugak.Hahaha.Tahniah lah dik ye atas kegigihan dan kekentalan menghabiskan kayuhan. Salute kat adik tau. Mak nye tak..hehehe.#jangannangistepibucu
Inilah my gerek.Thanxs sesangat kat en husband, Mr Fazli yang bagi izin dan support kat wife dia ni untuk join. Siap prepare sikal tu, testing teknikal bagai. Aku rileks je kayuh. #loveyoula 😍

Lepas ni ade lagi aktiviti berbasikal aku. Kayuhan mingguan dengan ofis (JPM) dan mungkin akan sertai cycling lain. Yang penting sebelum nak join apa-apa kena la bincang dulu dan mintak restu husband. #familyalwaysfirst

Monday, March 13, 2017

Kali Ke-2 Sambut Wedding Anniversary Di Gold Coast Morib, Banting

March 13, 2017 0 Comments
4 tahun dulu aku pernah celebrate anniversary kitorang yang ke- 6 kat sini..masa tu beli voucher dari MyDeal. Kali ni setelah beberapa kali asyik tertunda and takde tarikh yang sesuai, akhirnya menjadi jugak plan. Nampaknya tarikh yang sesuai 17 Februari 2017 tu memang kene timing ngan Wedding Anniversary kitorang yang ke-10. Kiranya ni celebrate wedding and birthday anak all in 1 kekdahnya. Anak yang sulong Januari, 2nd-Mac (sekali birthday husband),3rd-Disember and 4th-Februari. Berderet2 kan birthday. That y kena sekaligus..jimat sikit..hahahha.
Untuk makluman baucer ke GCMB ni aku beli masa ada pameran MATTA kat PWTC tahun lepas. Dapatla harga dalam RM150 untuk studio room+2 breakfast+ticket waterpark. Ok la tu kan. Asalkan puas hati dapat enjoy kan bebudak dan luang masa bersama.
Bilik..weoll combine je katil tu..kitorang siap bawa toto extra and bantal kecil..boleh le bebudak tido sambil lapik selimut tebal..
 dapat bilik hujung ngadap laut..sebelum ni ngadap pool..boleh la..lapang jugak balkoni yang hujung ni..boleh tampung orang lagi yang nak tido kat luar tu..huhuuh
 ade jakuzi..lepas berendam kat pool, berendam kat dalam ni pulak..mandi buih bebudak ni
 view kolam dan bilik-bilik berdekatan 
 yey..sesi berendam..tengok tu papa nye pun nak nyelit jugak kat buai air tu...ishhh..ishhh
 seronok main gelongsor air ni...laju je luncur..mak nye lak over jerit aih
antara outdoor game yang ade untuk bebudak..kereta letrik..kena bayar ye nak naik
 choo choo train..naik ni sorang RM5..5 pusingan sajorkk..
 aktiviti pantai..flying fox
bayaran untuk high rope and flying fox
 main pasir..lembut and halus je pepasir kat sini..tu bebudak sedap kuis2 kaki.. 
 kuda pun ade..lupa dah berapa cajnye..pusing-pusing kat situ saja
bola tampar pantai..ni kalau buat family day ke team building ok la..leh main

ok..dah..tu je nak share...percutian yang dekat dan yang penting enjoy.

Tuesday, March 07, 2017

Menara Condong Teluk Intan, Perak

March 07, 2017 0 Comments
Hai semua..jom teruskan dengan edisi jenjalan bagi memenuhi MEMORI FD ni..Kali ni kita masih jelajah di negeri Perak. Moh panjat menara condong pulak. Ianya takde la tinggi mana. Cuma unitnya fizikalnya yang condong dan menyerupai Menara PisaItali. Ketinggian menara ni dalam 25 meter berbanding Menara Pisa 55 meter.
 Menara ni menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. So dalam Visit Perak 2017, ini adalah salah satu destinasi tarikan pelancong di bumi bertuah ini.
 Berdasarkan replika buku ni, Menara Condong ni dibina pada tahun 1885 oleh Leon Choon Chong. Dah 132 tahun usianya tetapi masih kukuh berdiri walaupun condong☺. Asalnya menara ni tempat bekalan tangki air jika berlaku kemarau atau kebakaran di bandar tersebut. Juga menjadi penanda ara bagi kapal yang berlabuh di Pelabuhan Teluk Anson suatu masa dahulu.
 Waktu lawatan dari jam 8 pagi hingga 5 petang bagi hari biasa dan cuti am/hujung minggu 9 pagi-6 petang.Masuk percuma je.
Menara ini hanya mempunyai 3 tingkat. Terdapat 110 buah anak tangga..takde la penat sangat pun nak naik.Cuma agak sempit la.Kalau ramai pelancong, make sure kome jangan nak berimpt naik sekali. Haru kang. Panas!
 My family  di hadapan Menara Condong.Sorang lagi my boboy nyorok depan me..tak nak bergambar pulak dia ni heh. Secara jujur, menara ni simple je,tak banyak nak explore.Tak samapi 15 minit weoll dok kat situ.ahahhah..